Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ibu tunggal terkejut lihat anak 7 tahun habiskan simpanan hampir RM4000 di Roblox!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 22, 2022
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Ibu tunggal terkejut lihat anak 7 tahun habiskan simpanan hampir RM4000 di Roblox!
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang ibu tunggal dari Florida telah mendapati bahawa duit di dalam akaun banknya habis dibelanjakan di dalam game Roblox oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Bagi mereka yang tidak tahu, Roblox adalah sebuah game multiplayer free-to-play di mana pemain mereka bentuk mod game sendiri untuk orang lain sertai. Tetapi seperti kebanyakan game lain, Roblox juga menggalakkan transaksi mikro yang memerlukan wang sebenar.

Pemain Roblox boleh menukar wang sebenar kepada mata wang digital di dalam game yang dikenali sebagai Robux, ia digunakan untuk membuat pembelian in-game. Berikutan perbalahan di antara Rusia dan Ukraine, Robux sebenarnya mempunyai nilai yang lebih berharga berbanding matawang Rusia. Ini bermakna pemain bukan sahaja bermain Roblox, mereka juga membelanjakan wang dalam game tersebut.

Single mom's bank account drained after her 7-year-old spends $897 on Roblox https://t.co/M1aHkd7EhV

— WESH 2 News (@WESH) December 21, 2022

Salah seorang pemain Roblox itu ialah anak lelaki Kayla Howard yang berusi 7 tahun, ibu tunggal kepada empat orang anak yang melakukan dua pekerjaan untuk menyara keluarganya. Seperti yang dilaporkan oleh berita tempatan WESH 2 Florida, akaun bank milik Howard telah berkurang apabila anaknya membelanjakan wang sebanyak $897 atau lebih kurang RM4000 untuk transaksi mikro Roblox.

Itu sudah cukup untuk membuat overdraf akaun banknya dan telah mengapuskan semua wang yang disimpan untuk hadiah krismas dan membayar sewa. Kayla Howard dilaporkan telah meminta kedua-dua Google (pembelian dilakukan melalui Google Play Store) dan Roblox untuk bayaran balik, tetapi setakat ini dia hanya menerima $10 atau RM45 daripada Google pada masa artikel ini ditulis tanpa sebarang respon daripada Roblox.

Ini bukan kali pertama kanak-kanak menghabiskan wang orang tuanya dengan jumlah yang besar semata-mata untuk game. Malah, kejadian seperti ini juga pernah berlaku di Singapura di mana seorang anak menggunakan duit bapanya sebanyak SGD20,000 untuk membeli item dalam Genshin Impact. Namun, bapanya bernasib baik kerana mendapat semula wang tersebut.

Selalunya kanak-kanak terlalu muda untuk benar-benar memahami penggunaan wang, dan dalam beberapa kes, mungkin mereka tidak menyedari bahawa mereka menggunakan wang sebenar. Disebabkan itu, ibu bapa kadangkala mendapat bayaran semula secara penuh apabila perkara ini berlaku. Cumanya tidak pasti sama ada Roblox akan layan atau tidak kes Kayla Howard ini.

Jadi, untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi, ibu bapa memainkan peranan penting dan perlu mangawasi anak-anak mereka dalam setiap perkara yang melibatkan game dan wang.

Apa pendapat korang tentang kejadian ini? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: anakibuRobloxRobux
Previous Post

Sony Centre Mid Valley membuka pre-order PS5 bagi Disember 2022!

Next Post

DEMO Dragon Quest Treasures kini boleh muat turun di Nintendo Switch! Cuba sekarang!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
DEMO Dragon Quest Treasures kini boleh muat turun di Nintendo Switch! Cuba sekarang!

DEMO Dragon Quest Treasures kini boleh muat turun di Nintendo Switch! Cuba sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd