Netmarble telah mengumumkan bahawa game terbarunya, HypeSquad akan memulakan ujian Alpha untuk game tersebut. Game Battle Royale Third-Person Shooter (TPS) akan tersedia di PC melalui Steam. Pemain yang berminat untuk mencubanya, boleh sertai ujian Alpha HypeSquad di Steam bermula hari ini sehingga 20 Jun 2022. Anda boleh melihat trailer gameplay dibawah untuk mendapatkan gambaran jelas terhadap gaya permainan HypeSquad.
Pemain sudah boleh muat turun aplikasi Demo di halaman Steam atau mendapatkan kod Steam daripada laman web rasmi game. Selepas menyertai ujian Alpha ini, Pemain akan mendapat ganjaran khas berbentuk Skin, yang boleh digunakan semasa ujian ataupun selepas pelancaran rasmi HypeSquad. Semasa test ujian Alpha dijalankan, pemain boleh memainkan dua mode game iaitu Survival Mode dan Conquest Mode. Walaupun “3-player Squad” dalam Survival Mode boleh dimainkan pada bila-bila masa, untuk solo match dalam Survival Mode dan “3-player squad” dalam Conquest Mode hanya akan tersedia mengikut server wilayah masing-masing mengikut jadual.
Ujian Alpha HypeSquad menyokong sehingga 9 bahasa termasuk Inggeris, Portugis, Perancis, Jerman dan Sepanyol. Terdapat lima server serata dunia yang tersedia iaitu Amerika Utara, Asia, Amerika Selatan dan Eropah.

Game ini memaparkan pelbagai jenis watak, di mana semuanya datang daripada latar belakang dan mempunyai motivasi berbeza. Terdapat juga pilihan watak dengan serangan melee atau jarak jauh yang unik yang pemain boleh pilih untuk kombinasi pelbagai senjata. Beberapa item dan upgrade menanti pemain semasa berada di kawasan untuk meningkatkan prestasi termasuklah item sokongan. HypeSquad juga datang dengan pelbagai objek interaktif seperti zip line dan jump pad untuk digunakan pemain dalam merangka strategi untuk kemenangan besar di medan perang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai game ini, anda boleh lawati laman web rasmi atau akaun media sosial di bawah:
@gamersantaimy
Discussion about this post