Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

HyperX umum controller Xbox ‘Clutch Gladiate’, gaming mouse ‘Pulsefire Haste 2’ & HX3D!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 6, 2023
in Aksesori, Artikel, Berita, Keyboard, Mouse, Teknologi
0 0
0
HyperX umum controller Xbox ‘Clutch Gladiate’, gaming mouse ‘Pulsefire Haste 2’ & HX3D!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, HyperX telah mengumumkan beberapa tambahan baru pada barisan produknya dengan controller berwayar ‘HyperX Clutch Gladiate’ yang dilesenkan untuk Xbox dan gaming mouse HyperX Pulsefire 2, tersedia dalam versi berwayar dan tanpa wayar. Pada masa yang sama, HyperX turut mendedahkan HX3D, program baharu yang membawa pelbagai cara untuk mengubah suai dan memperibadikan peralatan gaming mereka dengan memanfaatkan teknologi pencetakan 3D.

Berikut adalah rumusan lengkap:

Controller berwayar HyperX Clutch Gladiate untuk Xbox

Controller HyperX Clutch Gladiate dibina untuk membantu meningkatkan pengalaman gaming dan memaksimumkan prestasi. Controller Xbox berlesen ini mempunyai kunci ‘dual trigger’ dan ‘rear button’ untuk mengoptimumkan kawalan dan menyesuaikan diri dengan playstyle pemain yang berbeza.

Selain itu, motor dual rumble menambah isyarat maklum balas yang mengasyikkan dan intuitif. Bersama cengkaman bertekstur, Clutch Gladiate menyediakan genggaman yang selesa dan selamat bagi controller dan juga mempunyai bicu stereo 3.5mm untuk menyambung ke headset dengan mudah.

Gaming mouse HyperX Pulsefire Haste 2 (Berwayar)

Gaming mouse HyperX Pulsefire Haste 2 mempunyai berat 53g dan menggunakan reka bentuk ‘shell’ ultra ringan yang menawarkan pergerakan lebih pantas. Mouse ini menyediakan polling rate sehingga 8000Hz dan menyampaikan pergerakan kursor yang cepat dan lancar dengan HyperX 26K Sensor dengan tetapan DPI sehingga 26K DPI.

Mouse ini juga menggunakan HyperX Switch yang tahan lama dan responsif, serta dinilai untuk 100 juta klik. Kabel fleksibel HyperFlex 2 dan tapak gred PTFE berfungsi bersama-sama untuk memberikan keluncuran yang lancar dan mudah. Pulsefire Haste 2 juga boleh diubahsuai dengan perisian HyperX NGENUITY dan membolehkan pengguna mengubahsuai tetapan DPI, pencahayaan RGB, penetapan butang, prestasi sensor dan merekod makro. Pulsefire Haste 2 akan tersedia dalam warna hitam dan putih.

Gaming mouse HyperX Pulsefire Haste 2 (Wayarles)

Gaming mouse wayarles Pulsefire Haste 2 menawarkan sambungan dwi-wayarles dengan teknologi Bluetooth®3 dan teknologi wayarles 2.4GHz gred gaming. Dengan berat 62 gram, Pulsefire Haste 2 versi wayarles menawarkan pergerakan yang lebih pantas dan jangka hayat bateri sehingga 100 jam dengan sekali cas.

Ciri-ciri lain sama seperti rumusan di atas.

HX3D

Selain pelancaran produk baharu, HyperX juga mengumumkan rancangan untuk menghasilkan keyboard gaming, headset, mouse dan produk gaming versi custom di bawah projek HX3D. Siri pertama diberi reka bentuk custom menggunakan persisian bercetak 3D dan akan hadir dalam bentuk keycap edisi terhad. Keycap ini direka untuk HyperX dan kebanyakan keyboard mekanikal lain dalam beberapa bulan akan datang.

Semasa CES 2023, HyperX mempamerkan keycap custom edisi terhad pertama, berdasarkan reka bentuk Cozy Cat. Seperti saya kata tadi produk HX3D dihasilkan oleh pencetak 3D HP Inc. dan memanfaatkan pengalaman mereka ke barangan gaming. Produk custom HyperX dihasilkan menggunakan bahan ‘powder nylon’ yang mesra alam.


Untuk membaca segala liputan kami tentang produk HyperX, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: gaming controllergaming mouseHyperXTeknologi
Previous Post

Siapakah sensei pilihan anda?Naruto buka “popularity poll” untuk guru!

Next Post

Barisan Animasi Malaysia hebat yang bakal tiba pada tahun 2023 & akan datang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Daripada Booster Hingga Kad Rare, Inilah Unboxing Magic: The Gathering – FINAL FANTASY Kami!
Unboxing

Daripada Booster Hingga Kad Rare, Inilah Unboxing Magic: The Gathering – FINAL FANTASY Kami!

June 2, 2025
Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Next Post
Barisan Animasi Malaysia hebat yang bakal tiba pada tahun 2023 & akan datang!

Barisan Animasi Malaysia hebat yang bakal tiba pada tahun 2023 & akan datang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd