Pemain Hyper Scape menerima beberapa berita menarik semasa acara Ubisoft Forward hari ini, di mana para pemaju mendedahkan bahawa acara masa terhad baru bernama Turbo Mode akan ditambahkan pada 15 September. Kita boleh lihat bagaimana pantas dan menyeronokkan mod ini, dan itulah sesuatu yang mungkin diingini oleh pemain.
Turbo Mode akan meningkatkan risiko untuk semua pemain dengan meletakkan semua ciri-ciri permainan pada tahap maksimum, menutup zon dengan lebih cepat, mengurangkan waktu yang diperlukan untuk Crown Victory, dan meningkatkan kepantasan pemulihan HP. Ini akan memberikan kelebihan yang jelas untuk semua pemain yang terlibat, yang bakal menjadikan kemahiran individu dan pilihan senjata dalam Hyper Scape lebih penting jika pemain ingin menang.
Apa yang menjadikan Hyper Scape unik ialah selain daripada gameplay asas battle royale, kemenangan bukan hanya dapat diperoleh dengan menjadi pemain terakhir, tetapi dengan memegang Crown selama 45 saat. Dalam Turbo Mode pula, pemain harus memegang Crown untuk jangka masa yang lebih pendek untuk menang.
Ini bukan acara pertama yang diperkenalkan dalam Hyper Scape kerana Faction War Mode telah tersedia pada bulan lepas sebagai sebahagian daripada usaha Ubisoft untuk meningkatkan populariti Hyper Scape. Turbo Mode tidak akan kekal selamanya dan pemain dapat mencuba mod masa terhad ini bermula 15 September sementara menunggu kandungan Season 2 akan datang.
Hyper Scape kini tersedia di PC, PS4, dan Xbox One, dan dijadualkan untuk pelancaran di PS5 dan Xbox Series X.

@gamersantaimy
Discussion about this post