Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hyenas – Game multiplayer shooter baru dari Sega akan tiba 2023, ujian Alpha dibuka!

safwan by safwan
June 23, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Baru, Game Online, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Hyenas – Game multiplayer shooter baru dari Sega akan tiba 2023, ujian Alpha dibuka!
Share on FacebookShare on Twitter

Seiring dengan pengumuman game multiplayer FPS terbaru Hyenas, Sega membuka pendaftaran kepada pemain untuk menyertai ujian alpha tertutup di PC. Dibangunkan oleh Creative Assembly, Hyenas dijadualkan akan keluar pada tahun 2023 di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC.

Hyenas berlaku di dunia yang musnah di mana orang kaya telah berhijrah ke planet Marikh dan menghancurkan Bumi. Mereka meninggalkan orang bawahan di kawasan setinggan yang dipanggil “Taint”. Apa yang mereka pentingkan adalah harta yang jarang dijumpai dan budaya pop untuk menjadi barang dagangan di mana mereka merampas barang-barang tersebut bagi membina mansion di Marikh.

Pemain akan bermain sebagai kumpulan daripada Bumi yang ingin merampas kembali semua barang-barang tersebut di kapal angkasa yang dibina daripada pusat beli-belah aka Plundership. Kapal tersebut dipenuhi dengan harta rampasan yang dicuri daripada Bumi. Pemain akan memasuki kapal tersebut dengan mengharungi pelbagai rintangan termasuk samseng upahan, sistem penggera dan dron bersenjata.

Dalam game ini, setiap pasukan akan terdiri daripada 3 pemain untuk bertarung bersama 3 pasukan lain bagi mendapatkan semula harta-harta tersebut. Pemain memerlukan senjata api dan helah tipu daya untuk memenangi perlawanan. Setiap Plundership merupakan kawasan besar yang mempunyai sistem pintu berkunci untuk pemain menerokai setiap kawasan.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Hyenas sedang membuka pendaftaran untuk ujian alpha tertutup. Namun, mereka tidak memberikan sebarang maklumat berkaitan ujian tersebut termasuk tarikh dan banyak lagi. Jika berminat untuk menyertai ujian Alpha tertutup, anda boleh daftarkan diri di laman web rasmi mereka di sini. Hyenas akan dilancarkan pada tahun 2023 di platform PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam serta Epic Game Store.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Hyenas
Previous Post

Xenoblade Chronicles 3: Pendedahan lanjut gameplay, trailer baru dan Expansion Pass DLC

Next Post

Kelajuan 5G di Malaysia kedua terpantas di dunia, menurut Opensignal

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Kelajuan 5G di Malaysia kedua terpantas di dunia, menurut Opensignal

Kelajuan 5G di Malaysia kedua terpantas di dunia, menurut Opensignal

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd