Setelah empat tahun berehat, siri manga Hunter x Hunter akhirnya menemui peminat semula pada tahun ini. Pada bulan Mei yang lalu, pelukis manga Togashi Yoshihiro telah memberikan kemas kini terbaru mengenai siri itu. Hampir setiap hari dia akan memuat naik gambar draf kasar untuk Hunter X Hunter. Berita baiknya, bab-bab baru sudah selesai dan dijadualkan untuk diterbitkan pada November ini dengan jilid terbaru.

Pengumuman ini telah dilakukan melalui Twitter rasmi Shonen Jump. Ia juga mendedahkan tarikh jilid 37 itu dikeluarkan iaitu pada 4 November 2022. Buat sementara ini hanya jilid dalam bahasa Jepun sahaja diumumkan. Versi bahasa Inggeris mungkin akan dikeluarkan kelak oleh Viz Media.
Buat sementara ini, siri tersebut mempunyai 10 bab baru bermula daripada bab 381 sehingga bab 390. Memandangkan satu pun bab baru Hunter X Hunter belum diterbitkan dalam majalah Shonen Jump. Ada kemungkinan besar ia mungkin tersedia selepas jilid 37 itu dijual. Jadi pembaca luar negara mempunyai peluang untuk meneruskan semula pengembaraan mereka bersama Gon dan kawan-kawannya.

Togashi-sensei juga telah menambah lebih ramai pembantu untuk menyiapkan bab-bab yang seterusnya. Peminat bolehlah nantikan jilid seterusnya pada tahun 2023 pula. Anda yang masih belum membaca manga Hunter X Hunter, di laman web atau aplikasi MangaPlus. Siri animenya juga tersedia di Netflix dan Bilibili untuk ditonton.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Hunter X Hunter daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post