Didedahkan semasa acara siaran langsung, Devolver Digital dan No Brakes Games telah mengumumkan Human Fall Flat 2, sekuel kepada platformer teka-teki popular untuk platform PC melalui Steam. Tarikh keluaran tidak diumumkan tetapi Devolver Digital menjanjikan banyak kandungan baharu.
Bak kata halaman rasmi Steam;

Human Fall Flat 2 adalah sekuel yang lebih besar, lebih baik dan gila kepada sensasi global platformer teka-teki yang menampilkan level serba baharu, watak yang boleh diubah suai dan juga keseronokan berasaskan fizik yang lebih liar.
Setiap level yang rumit dilengkapi dengan mainan dan peranti baharu untuk mencuba kerana anda akan menyelesaikan pelbagai teka-teki kejam secara sendiri atau secara berpasukan sehingga lapan rakan.

Enjin fizik baharu, interaksi gameplay baharu dan mekanik baharu akan menjadikan setiap sesi sangat unik dan lebih dinamik berbanding sebelum ini. Bersama dengan kawalan, visual dan muzik yang ditambah baik, sekuel ini adalah pengalaman slapstick jauh berbeza daripada yang lain!
Game ini akan dikeluarkan di platform PC melalui Steam. Tarikh keluaran tidak diumumkan. Baca segala liputan kami tentang siri Human Fall Flat di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post