Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

HUAWEI AppGallery tambah Dragon Nest 2: Evolution, MapleStory R: Evolution & banyak lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 26, 2023
in Action, Android, Artikel, Berita, MMORPG, Mobile, RPG
0 0
0
HUAWEI AppGallery tambah Dragon Nest 2: Evolution, MapleStory R: Evolution & banyak lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, gudang aplikasi HUAWEI AppGallery mengumumkan bahawa mereka akan menambah pelbagai kandungan baru termasuk game baharu, acara istimewa dan diskaun prapesanan eksklusif. Akhirnya kita dapat pengesahan rasmi; Dragon Nest 2: Evolution dan MapleStory R: Evolution kini tersedia untuk pre-order buat sesiapa yang berminat.

Dragon Nest 2: Evolution

Kredit: HUAWEI AppGallery

Dragon Nest 2: Evolution ialah MMORPG open-world baharu yang tersedia di peranti mudah alih. Game ini merupakan versi yang dinaik taraf daripada siri Dragon Nest yang popular dengan menggabungkan gameplay klasik, grafik visual yang lebih kemas dan komuniti sosial in-game menawarkan pengalaman gameplay dan multiplayer yang lebih mengasyikkan.

MapleStory R: Evolution

Kredit: HUAWEI AppGallery

MapleStory R: Evolution pula adalah idle RPG di mana pemain harus meneroka alam luas bersama jalan cerita yang menawan, pilihan gameplay yang pelbagai dan sistem kostum yang menarik. Dengan lima “career” berbeza untuk dipilih, sistem haiwan peliharaan, dan keupayaan untuk customize rumah peribadi, pemain akan memulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan ke MapleStory.

Muat turun Ragnarok Origin & Summoners War: Chronicles

Kredit: HUAWEI AppGallery

Bagi mereka yang mencari aksi sekarang, Ragnarok Origin dan Summoners War: Chronicles kini tersedia untuk muat turun. Ragnarok Origin merupakan MMORPG yang berlatarkan dunia fantasi Rune Midgard manakala Summoners War: Chronicles adakah MMORPG yang menggabungkan elemen strategi dan role-playing.

Untuk pengguna AppGallery, anda boleh mendapatkan kod hadiah in-game seperti Gold dan Unknown Scroll apabila anda memuat turun Summoners War: Chronicles melalui AppGallery dari sekarang hingga 20 Julai 2023. Kod hadiah ini hanya tersedia sekali untuk setiap pengguna, jadi siapa cepat dia dapat.

*Tertakluk kepada terma dan syarat: https://bit.ly/SWCHUAWEI2023.

Animation-Comic-Game Hong Kong

Kredit: ACGHK

HUAWEI AppGallery akan mengambil bahagian dalam Animation-Comic-Game Hong Kong (ACGHK) dari 28 Julai hingga 1 Ogos. Acara ini merangkumi pelbagai aktiviti menarik, termasuk pertandingan e-sukan, kawasan hands-on gaming, cabutan bertuah dan interaksi bersama KOL. Pengunjung acara berpeluang untuk mendapatkan barangan AppGallery edisi khas dan menjadi sebahagian daripada ekstravaganza permainan yang tidak dapat dilupakan.

Buat sesiapa yang bercuti di sana, jangan lupa singgah!


Anda boleh baca segala liputan kami tentang AppGallery di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon Nest 2: EvolutionHUAWEI AppGalleryMapleStory R: Evolution
ShareTweetSend
Previous Post

[Review] MSI Stealth 14 Studio – Laptop ringan, nipis & mudah dibawa untuk para gamer!

Next Post

Atomic Heart Akan Hadir dengan DLC Annihilation Instinct pada 2 Ogos, Mode New Game+ Tersedia Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Atomic Heart Akan Hadir dengan DLC Annihilation Instinct pada 2 Ogos, Mode New Game+ Tersedia Sekarang!

Atomic Heart Akan Hadir dengan DLC Annihilation Instinct pada 2 Ogos, Mode New Game+ Tersedia Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd