Hari ini, Sony Interactive Entertainment dan Guerrilla Games telah mengumumkan Horizon Zero Dawn Remastered untuk PlayStation 5 dan PC melalui Steam, dan Epic Games Store, yang akan dilancarkan pada 31 Oktober. Berita baiknya, pemilik sedia ada Horizon Zero Dawn boleh menaik taraf ke Horizon Zero Dawn Remastered dengan membayar jumlah tertentu.
Dunia dunia pasca-apokaliptik Horizon kembali bersama dengan pelbagai peningkatan teknologi, penambahbaikan visual, dan ciri-ciri yang dinaik taraf. Ia juga termasuk kandungan The Frozen Wilds, satu expansion besar yang menampilkan kawasan tambahan, kemahiran, senjata, dan mesin baharu.

Horizon Zero Dawn Remastered menampilkan lebih daripada 10 jam perbualan yang dirakam semula, mocap, dan pelbagai penambahbaikan grafik yang membawa game ini ke tahap visual yang sama seperti sekuelnya, Horizon Forbidden West. Dunia permainan yang luas kini hadir dengan visual dan grafik 4K, serta perjalanan antara lokasi kini sepantas kilat.

Watak-watak yang menarik dalam cerita ini telah dinaik taraf, menjadikannya sejajar dengan kemajuan model watak dan rendering generasi terkini. Pengalaman audio dalam Horizon Zero Dawn Remastered juga telah dipertingkatkan dengan ketara. Audio dikemas kini sepenuhnya, dan menyokong teknologi PlayStation 5 Tempest 3D Audio Tech untuk ambisonik tinggi dan rendering Atmos bagi landskap bunyi yang lebih imersif.

Horizon Zero Dawn Remastered memanfaatkan sepenuhnya kuasa dan ciri-ciri konsol PlayStation 5. Haptic feedback dan adaptive trigger pada DualSense memastikan tahap penghayatan yang luar biasa. Selain itu, beberapa ciri kebolehaksesan baharu diperkenalkan yang menggunakan bunyi dan maklum balas haptik untuk memberitahu pemain tentang elemen yang boleh diinteraksi, seperti pengambilan item, yang sebelum ini hanya ditunjukkan secara visual.

Versi PC untuk Windows termasuk PlayStation overlay dengan sokongan Trophy dan mempunyai set ciri-ciri tersendiri, seperti sokongan untuk resolusi ultra-lebar dan teknologi terkini seperti NVIDIA DLSS 3 dan AMD FSR 3.1 dengan frame generation.

Bagi mereka yang telah bermain sebelum ini, PlayStation memastikan bahawa save file lama anda akan berfungsi; jadi ini adalah peluang yang baik untuk memulakan New Game+ atau kembali ke Photo Mode dengan semua pakaian dan barang yang telah anda buka sebelum ini.
Pra-tempahan untuk Horizon Zero Dawn Remastered akan dibuka pada 3 Oktober untuk kedua-dua platform.
@gamersantaimy
Discussion about this post