Sony telah mengumumkan bahawa mereka menarik balik keputusan sebelumnya bahawa edisi standard dan khas Horizon Forbidden West pada PS4 tidak akan layak untuk upgrade ke versi PS5. Pada asalnya, mereka yang membeli edisi Digital Deluxe, Collector, atau Regalla Horizon Forbidden West di PS4 akan memperoleh upgrade PS5. Kini sesiapa sahaja yang membeli permainan di PS4, tanpa mengira edisi mana pun, boleh upgrade secara percuma di PS5.

“Hari Khamis adalah hari meraikan Horizon Forbidden West dan pasukan hebat di Guerrilla berusaha untuk menyampaikannya pada 18 Februari 2022. Walau bagaimanapun, sangat jelas bahawa persembahan yang diberikan semasa kickoff pra-pesanan kami tidak memuaskan.” kata Jim Ryan, Presiden dan CEO Sony Interactive Entertainment.
Dia juga berkata sony telah memberikan komitmen untuk memberikan upgrade percuma untuk tajuk rentas generasi, yang juga merangkumi Horizon Forbidden West. Walaupun kesan wabak pandemik itu mendorong Horizon Forbidden West keluar dari jendela pelancaran yang mereka bayangkan pada awalnya, mereka akan tetap menepati tawaran yang diberikan, dimana pemain yang membeli Horizon Forbidden West di PlayStation 4 akan dapat menaik taraf ke versi PlayStation 5 secara percuma.

Ryan juga mengatakan bahawa sebarang tajuk generasi pertama eksklusif pihak pertama yang diterbitkan oleh Sony akan hadir dengan pilihan upgrade digital $10 anggaran RM 42 dari PS4 ke PS5. Ini juga akan tertaluk untuk tajuk yang akan datang seperti God of War yang seterusnya dan Gran Turismo 7.

Salinan digital dan fizikal akan layak untuk upgrade digital $10. Sekiranya anda mempunyai versi permainan PS4 pada cakera, maka anda memerlukan konsol PS5 dengan pemacu cakera untuk menaik taraf ke versi PS5 digital.
Pada 2 September lalu, pra tempahan untuk Horizon Forbidden West telah dibuka. Terdapat pelbagai perincian mengenai Collector dan Digital Deluxe Editions yang didedahkan pasa hari itu. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pra tempahan dan perincian yang tersedia untuk Collector dan Digital Deluxe Editions boleh pergi ke link ini.
Jangan lupa yang Horizon Forbidden West akan hadir ke konsol PlayStation 4 dan Playstation 5 pada 18 Februari 2022 nanti!
Sumber: PlayStation Blog
@gamersantaimy
Discussion about this post