Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hooked on You: Dead by Daylight Dating Sim kini tersedia di Steam!

safwan by safwan
August 4, 2022
in Artikel, Berita, PC, Puzzle, Simulator, Single Player, Steam
0 0
0
Hooked on You: Dead by Daylight Dating Sim kini tersedia di Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Dead by Daylight (DBD) adalah game horror asymmetrical yang terkenal dan sentiasa menerima pelbagai update setiap bulan. Kali ini, developer game ini, Behaviour Interactive telah mengeluarkan game dating sim berdasarkan Dead by Daylight. Game itu adalah Hooked on You: Dead by Daylight Dating Sim yang kini tersedia di Steam.

Tentang Hooked on You

Hooked on You Steam

Anda akan terbangun di tepi pantai pulau pelik. Ingatan dan poket kosong. Tiada benda hidup lain kelihatan kecuali empat “killer” yang sedang bermain bola tampar di tepi pantai.

Terokai misteri dan ketahui perkara yang membuatkan setiap watak terdetik semasa anda menggoda, bergurau dan memikat hati mereka dalam pengembaraan komedi ini. Anda perlu memilih perkataan dengan bijak. Jika tidak anda akan alami mimpi ngeri lebih cepat daripada yang disangka.

Ciri-ciri Penting

Hooked on You Steam

Percutian merangkumi semua – Dating sim yang didorong dengan pilihan di mana Killer akan lebih disayangi dalam dunia fantasi Dead by Daylight

Matahari dan Teduh – Terokai pelbagai lokasi yang menyeramkan dan tenang. Alami pengalaman romantik bersama watak yang berbeza untuk menerokai pelbagai kawasan baharu yang menarik.

“If Looks Could Kill” – Pilih perkataan yang betul untuk membantu mereka menghilangkan batasan mereka sambil membuka keperibadian mereka yang intim. Dapatkan pelbagai pengakhiran unik bagi setiap watak “killer.”

Hooked on You Steam

“Busy Finger” – Main pelbagai mini game untuk lanjut ke plot yang lain.

“Charmed, I’m Sure” – Beli Hooked on You dan dapatkan hadiah eksklusif dalam DBD termasuk charm “Captured Heart” dan pakaian “Shark-Chewed Surf Survivor” untuk Jake Park.

Hooked on You Steam

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Hooked on You: Dead by Daylight Dating Sim kini tersedia di Steam sahaja. Jadi, kepada sesiapa yang nak dating dengan “killer” dari Dead by Daylight, boleh dah beli game ini dan berseronok. Korang boleh dapatkan game ini pada harga RM 23.00 sahaja di Steam.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: dead by daylightHooked on YouHooked on You: Dead by Daylight Dating Simsteam
Previous Post

[Preview] Soul Hackers 2 – Game yang kasual untuk peminat siri Megami Tensei dan Persona!

Next Post

Dead by Daylight Resident Evil: Project W tambah Ada Wong & Albert Wesker

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Dead by Daylight Resident Evil: Project W tambah Ada Wong & Albert Wesker

Dead by Daylight Resident Evil: Project W tambah Ada Wong & Albert Wesker

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd