Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

HONOR umum smartphone boleh lipat ‘HONOR Magic V2’ & dompet ‘HONOR V Purse’!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 1, 2023
in Aksesori, Artikel, Berita, Fesyen, Smartphone, Teknologi
0 0
0
HONOR umum smartphone boleh lipat ‘HONOR Magic V2’ & dompet ‘HONOR V Purse’!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, HONOR mendedahkan visi strategik mereka untuk telefon pintar masa depan di IFA 2023. Ketika sesi ucaptama “Unfold Tomorrow”, CEO HONOR George Zhao mengumumkan telefon pintar lipat paling ringan dan paling nipis iaitu HONOR Magic V2; dan HONOR V Purse, satu konsep baharu yang memberi nafas baharu kepada telefon pintar lipat sebagai beg tangan gaya moden yang boleh dipakai.

Berikut adalah butiran lengkap:

HONOR Magic V2

Kredit: HONOR


HONOR Magic V2 telefon pintar lipat flagship baharu terbaru oleh syarikat, yang direka untuk memberi nafas baru dalam industri dengan pembaharuan daripada pelbagai aspek termasuk ciri-ciri, bateri, paparan dan pengalaman pengguna.

HONOR Magic V2 merupakan telefon pintar lipat yang paling ringan dan paling nipis pernah dikeluarkan HONOR sehingga hari ini, dengan hanya seberat 231g dan setebal 9.9mm 2 apabila dilipat. Ia menampilkan generasi baharu Dua Bateri Silikon-Karbon dengan kadar ketebalan 2.72mm, dan kapasiti sehingga 5,000mAh.

Kredit: HONOR

HONOR Magic V2 turut dilengkapi dengan Engsel Titanium Super Ringan dan besi baharu khas HONOR, menambahkan lagi keteguhan dan kestabilan mekanisme engsel. HONOR Magic V2 juga memperoleh sijil pengiktirafan ketahanan daripada SGS apabila mampu menahan lebih 400,000 kali lipatan, bersamaan jangka hayat sehingga 10 tahun dengan purata 100 kali lipatan sehari.

HONOR Magic V2 memiliki tiga kamera belakang termasuk Kamera Utama 50MP (f/1.9), Kamera Ultra Lebar 50MP (f/2.0), dan Kamera Telefoto 20MP (f/2.4). Bahagian depan pula mempunyai dua Kamera 16MP (f/2.2).

Kredit: HONOR

HONOR Magic V2 turut menyokong teknologi Pemalapan PWM 3840Hz pertama dalam industri yang mampu mengurangkan keletihan mata, memastikan pemandangan yang selesa walau digunakan dalam jangka masa lama.

Tidak hanya mementingkan fotografi, HONOR Magic V2 juga mengutamakan pengalaman interaktif seperti mesyuarat dan hiburan. Buat pertama kali, HONOR Magic V2 menyokong Parallel Space yang bukan sahaja membolehkan tugas-tugas kerja dan kehidupan disimpan secara berasingan, malah boleh bebas beroperasi dengan serentak, seperti memakai dua telefon pintar dalam satu masa.

HONOR V Purse

Kredit: HONOR


HONOR berhasrat untuk membentuk gaya hidup masa depan dengan memperkenalkan HONOR V Purse, satu konsep “telefon jadi beg tangan” yang menandakan permulaan baru kepada sebuah peranti elektronik dikategorikansebagai barangan fesyen pengguna dan menawarkan kebebasan penampilan diri.

HONOR V Purse sama sekali mengubah telefon pintar boleh lipat kepada gaya fesyen digital, terima kasih kepada ciri-ciri Always-On-Display (AOD) yang boleh diubah suai seakan rekaan beg tangan, termasuk gaya rantai, alunan bulu dan rambu yang bergerak sama setiap kali telefon pintar diangkat.

Kredit: HONOR

Konsep ini juga dipadankan dengan pilihan tali pengikat dan rantai yang dipasang pada engsel telefon pintar untuk disandang pada bahu, menjadikannya kelihatan seperti menggayakan beng tangan gaya moden.

Direka dengan mampan, HONOR V Purse melambangkan komitmen HONOR terhadap alam sekitar. Dengan menampilkan bahan berasaskan alam sekitar seperti kulit vegan pada tali pengikat, konsep AOD yang diubah suai tanpa batas boleh disesuaikan dengan apa jua busana.

Kredit: HONOR

Seiring dengan kesungguhan jenama ini, HONOR bekerjasama dengan beberapa nama besar dalam industri fesyen yang terlibat dalam pentas HONOR Talents Global Design Award, termasuklah pengarah kreatif pakaian lelaki BURBERRY Bram Van Diepen, artis kontemporari Yunuene Esparza, profesor di Akademi Seni China Yuan Youmin dan peragawan Xiao Hui Wang, yang bertanggungjawab menghasilkan rekaan AOD pada peranti.

Pada fasa program selanjutnya, dengan membuka permukaan API yang membolehkan pencipta mereka bentuk pengesan seperti giroskop, sentuhan atau pengesan cahaya keliling, HONOR akan menjemput bakat baru dari seluruh dunia untuk mengetengahkan ilham masing-masing, sekaligus menunjukkan trend rekaan terkini yang penuh dengan inspirasi, untuk mengubah gaya hidup.

Warna Baharu HONOR 90 untuk Pemenang EISA Award

Kredit: HONOR

HONOR turut mengumumkan bahawa HONOR 90 berjaya memenangi Pembelian Terbaik Telefon Pintar 2023 daripada Expert Imaging and Sound Association (EISA). Meraikan kejayaan ini, HONOR melancarkan warna baharu HONOR 90, iaitu Peacock Blue secara global.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HONOR Magic V2HONOR V Purse
ShareTweetSend
Previous Post

Liga Predator Asia Pasifik 2024 bermula dengan kelayakan tempatan Malaysia! Menyeru player Dota 2 & Valorant!

Next Post

Kolaborasi Khas NIKKE x Nier:AUTOMATA Sudah Bermula! Bawa 2B & A2 ke Pertempuran Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Kolaborasi Khas NIKKE x Nier:AUTOMATA Sudah Bermula! Bawa 2B & A2 ke Pertempuran Sekarang!

Kolaborasi Khas NIKKE x Nier:AUTOMATA Sudah Bermula! Bawa 2B & A2 ke Pertempuran Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd