Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honor of Kings Invitational Midseason 2024 Bermula Hari Ini! Jom Sokong Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 1, 2024
in Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, MOBA
0 0
0
Honor of Kings Invitational Midseason 2024 Bermula Hari Ini! Jom Sokong Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Level Infinite dan Esports World Cup Foundation secara rasminya telah memulakan Honor of Kings Invitational Midseason 2024, yang menjaminkan perlawanan mendebarkan di antara 12 pasukan terbaik dari seluruh dunia. Dengan total prize pool sebanyak USD $3 juta untuk direbut, kejohanan pasti mencapai tahap kompetitif yang lebih tinggi daripada sebelum ini!

Honor of Kings Invitational Midseason 2024, dianjurkan sebagai sebahagian daripada Esports World Cup di Riyadh, Saudi Arabia, dan berlangsung hari ini, 1 hingga 4 Ogos. Kejohanan ini menampilkan format single round-robin di mana pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap pasukan akan bersaing dalam perlawanan ‘best-of-1’ yang akan menentukan kedudukan kumpulan di mana empat pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.

Kredit: Esports World Cup

Pada 3 Ogos, Quarterfinal akan menampilkan perlawanan ‘best-of-three’, diikuti dengan Semifinal dan Final, yang akan menampilkan perlawanan ‘best-of-5’. Pasukan yang bertanding termasuk:

  1. LGD Gaming MY (Malaysia)
  2. Team Secret (Malaysia)
  3. Weibo Gaming MY (Malaysia)
  4. Keyd Stars (Brazil)
  5. Loops (Brazil)
  6. KPL Dream Team (China)
  7. Team Falcons (Saudi Arab)
  8. Kagendra (Indonesia)
  9. Team Vitality (Perancis)
  10. AG Global (Hong Kong)
  11. Impunity (Myanmar)
  12. BOOM Esports (Filipina)

Untuk meraikan acara, Honor of Kings telah memperkenalkan skin Epic eksklusif Esports World Cup bernama ‘Heavenblade’ untuk hero Allain. Dari 26 Julai hingga 4 Ogos, pemain boleh memperoleh mata wang in-game dengan log masuk, bermain perlawanan atau menonton perlawanan. Mata wang itu kemudian boleh digunakan untuk membalikkan 12 petak yang mewakili 12 skuad dan menebus pelbagai ganjaran, termasuk skin Epic Allain tadi.

Kredit: Level Infinite

Bersama skin baharu, Honor of Kings turut mengeluarkan lagu tema untuk Honor of Kings Esports bertajuk “Invincible”, yang dihasilkan bersama oleh Mighty Mike, produser yang pernah dicalonkan oleh anugerah Grammy dan Tom Norris, audio mixer yang pernah memenangi anugerah Grammy.

Semua perlawanan Honor of Kings Invitational Midseason 2024 akan distrim secara langsung di YouTube, Facebook, Twitch, TikTok dan dalam game Honor of Kings. Memandangkan tiga pasukan Malaysia akan bertanding dalam kejohanan, semoga kita dapat membawa pulang anugerah juara!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: honor of kingsHonor of Kings Invitational Midseason 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Predator Triton Neo 16 – Campuran Prestasi, Cekap & Kuasa

Next Post

Apex Legends Season 22: Shockwave – Segala Info Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5
Berita

The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5

June 4, 2025
Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Next Post
Apex Legends Season 22: Shockwave – Segala Info Baharu!

Apex Legends Season 22: Shockwave - Segala Info Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd