Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

HONOR 90 Series dilancarkan di Malaysia, harga bermula RM1799!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 20, 2023 - Updated on July 21, 2023
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
HONOR 90 Series dilancarkan di Malaysia, harga bermula RM1799!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, HONOR Malaysia secara rasmi telah mengumumkan pelancaran HONOR 90 Series di pasaran tempatan. Menampilkan Main Camera 200MP dengan skrin Quad-Curved Floating Display bersama teknologi keselesaan mata, HONOR 90 direka untuk memperkasakan generasi moden untuk merakam isi harian mereka dengan butiran yang terperinci dan luar biasa.

Kredit: HONOR Malaysia

Bakal keluar di pasaran Malaysia pada 22 Julai, HONOR 90 Series akan dijual pada harga bermula RM1799. Sebagai peranti premium di segmen mid-range, berikut adalah spesifikasinya:

HONOR 90

Sorotan utama pada HONOR 90 ialah sistem triple camera yang terdiri daripada Main Camera 200MP dengan sensor 1/1.4 inci, kamera ultra wide dan makro 12 MP dengan sudut darjah 112° dan Depth Camera 2MP. HONOR 90 juga memperkenalkan Portrait Mode baharu, yang membantu pengguna mencipta potret luar biasa dengan ciri wajah yang jelas, tona kulit yang tepat dan kesan bokeh yang menggabungkan latar belakang dengan subjek secara semula jadi. Untuk fleksibiliti tambahan, Portrait Mode juga menyokong tangkapan pada 2X zoom.

Direka bentuk untuk membantu vlogger memudahkan kerja mereka, HONOR 90 juga menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengurangkan noise pada video, serta untuk AI Vlog Assistant yang membolehkan pengguna menjana video 15 saat di media sosial dengan hanya beberapa ketikan.

Kredit: HONOR Malaysia

Dilengkapi dengan Quad-Curved Floating Display 6.7-inci, HONOR 90 menyokong resolusi tinggi 2664×1200, gamut warna 100% DCI-P3 dan sehingga 1.07 bilion warna. Tambahan pula, HONOR 90 menyokong kecerahan HDR maksimum 1600 nits, yang membolehkan pengguna melihat paparan dengan lebih baik walaupun di bawah cahaya terang.

Paparan pun sangat pantas dan responsif dengan refresh rate adaptif sehingga 120Hz, yang dilaraskan secara dinamik mengikut kandungan yang dipaparkan. Selain itu, ia memiliki sokongan HDR10+ dan pensijilan HDR daripada Netflix dan Amazon Prime Video.

Kredit: HONOR Malaysia

Satu lagi sorotan utama adalah HONOR 90 dilengkapi dengan ciri keselesaan mata. Paparannya menyokong frekuensi Pulse Width Modulation (PWM) Dimming tertinggi dalam industri iaitu 3840Hz, yang meminimumkan tension pada mata pengguna apabila ditetapkan pada kecerahan rendah. Paparan juga menampilkan Dynamic Dimming yang menyerupai cahaya semula jadi untuk mengurangkan keletihan mata, serta teknologi Circadian Night Display yang menapis cahaya biru dan meningkatkan kualiti tidur pengguna pada waktu malam.

Diinspirasikan oleh haute couture dan ketukangan yang dilihat dalam barang kemas mewah, HONOR 90 mempunyai kenipisan badan 7.8mm dan ringan 183g dan diperbuat daripada Reinforced Glass yang bertahan lama. Di bahagian belakang, HONOR 90 menampilkan rekaan Dual Ring ikonik daripada N Series.

Kredit: HONOR Malaysia

Akhir sekali, HONOR 90 dilengkapi dengan bateri 5000mAh untuk menyokong penggunaan sepanjang hari. Dengan sekali cas, telefon pintar boleh menyediakan sehingga 19.5 jam penstriman video berterusan. Apabila bateri lemah, pengguna boleh mengecasnya semula sehingga 45% dengan 66W HONOR SuperCharge dalam masa 15 minit sahaja. Pantas dan cekap, HONOR 90 dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition, yang mempunyai GPU 20% lebih baik dan prestasi AI 30% lebih baik berbanding pendahulunya.

Menjalankan HONOR MagicOS 7.1 berasaskan Android 13 terbaharu, HONOR 90 dan HONOR 90 Lite mempunyai macam-macam ciri pintar seperti Magic Text.

Kredit: HONOR Malaysia

HONOR 90 Lite

Kredit: HONOR Malaysia

Dilancarkan bersama HONOR 90, HONOR 90 Lite adalah peranti “all-rounder” yang menawarkan sistem kamera canggih, paparan pantas dan pelbagai ciri pintar untuk pengguna.

Tidak kalah dengan HONOR 90, versi Lite menampilkan Main Camera 100MP dengan apertur f/1.9, Wide dan Depth Camera 5MP dan Macro Camera 2MP. Bagi peminat selfie, Kamera Hadapan 16MP memberikan potret yang menawan dengan ciri-ciri dan warna jelas. Di samping itu, skrin 6.7-inci Edgeless Display menampilkan refresh rate adaptif sehingga 90Hz dan mempunyai pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light. Serupa dengan HONOR 90, ia menyokong pelbagai ciri perlindungan mata termasuk Dynamic Dimming dan Circadian Night Display.

Kredit: HONOR Malaysia

HONOR 90 Lite dikuasakan oleh sistem MediaTek Dimensity 6020 5G dan bateri 4500mAh. Pengguna turut boleh memanfaatkan sepenuhnya RAM 8GB dan storan 256GB, yang boleh menyimpan 57,808 gambar, 22,322 lagu atau 892 video HD. HONOR 90 Lite dilengkapi dengan HONOR RAM Turbo (8GB+5GB), teknologi HONOR yang memindahkan sebahagian memori ke RAM, bermakna 8GB RAM boleh ditingkatkan kepada 13GB RAM.

Kredit: HONOR Malaysia

Harga dan ketersediaan

HONOR 90 boleh didapati dalam pelbagai pilihan warna bergaya termasuk Midnight Black, Emerald Green, Diamond Silver, Peacock Blue, manakala HONOR 90 Lite tersedia dalam tiga – Cyan Lake, Titanium Silver dan Midnight Black. Bermula dari, HONOR 90 akan tersedia di pasaran Malaysia pada harga bermula. Berikut adalah butiran lengkap:

  • HONOR 90
    • Harga bermula RM1799 untuk varian 12GB + 256GB dan RM2099 untuk varian 12GB + 512GB.
    • Anda boleh menikmati ganjaran bernilai sehingga RM647.
    • Kredit e-Wallet tambahan RM150 tersedia di kedai terpilih hanya pada 22 Julai.
  • HONOR 90 Lite
    • Harga bermula RM1099 untuk varian 8GB + 256GB.
    • Anda boleh menikmati ganjaran bernilai sehingga RM258.
    • Kredit e-Wallet tambahan RM50 tersedia di kedai terpilih hanya pada 22 Julai.
  • HONOR Pad 8
    • Boleh dibeli pada 18 Ogos 2023 pada harga RM1499 dengan hadiah percuma bernilai RM299.

Pada masa yang sama, HONOR Malaysia juga mengadakan promosi istimewa di mana anda boleh mendapatkan pelbagai hadian misteri jika membeli satu unit pada 22 Julai. Antaranya termasuk kredit e-wallet sehingga RM150 untuk pembeli awal.

Untuk beli, anda boleh melayari laman web rasmi HONOR.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HonorHONOR 90 SeriesSmartphone
ShareTweetSend
Previous Post

Jujutsu Kaisen: Watak-watak Paling Kuat Dalam Siri Anime Setakat Ini!

Next Post

Trailer kedua Gran Turismo dikeluarkan, Bakal tiba di Malaysia pada 18 Ogos ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Trailer kedua Gran Turismo dikeluarkan, Bakal tiba di Malaysia pada 18 Ogos ini!

Trailer kedua Gran Turismo dikeluarkan, Bakal tiba di Malaysia pada 18 Ogos ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd