HONOR ialah satu jenama yang makin bertambah popularitinya. Dengan siri HONOR 20 menjadi produk flagship kepada jenama HONOR, mereka sentiasa berusaha untuk meningkatkan kapabiliti fotografi agar dapat menghasilkan imej yang setanding bersama kamera digital.
Pewaris kepada smartphone HONOR 10 yang terlajak laris tahun lepas, Honor 20 kini muncul dengan prestasi keseluruhan yang lebih hebat dan cekap. Berikut adalah ulasan saya ingin berkongsi bersama anda semua tentang peranti terbaru HONOR 20!
Fokus utama ialah 48MP AI Quad Camera!
Buat kali pertama, siri HONOR 20 telah dilengkapi dengan Quad Camera yang terdiri daripada 48MP Main Camera, 16MP Super Wide Angle, 2MP Depth Assist, dan 2MP Macro yang jauh meningkatkan kebolehan fotografi daripada perspektif hardware dan software untuk memberi sebuah user experience yang menakjubkan. Tidak kisah jika korang berada di persekitaran yang kurang cahaya, sedang menangkap gambar daripada jarak yang jauh, zoom in atau out untuk mendapatkan detail yang korang inginkan, atau mahukan pilihan yang lebih banyak untuk mode potrait, siri HONOR 20 memberi peluang kepada pengguna untuk menangkap saat-saat istimewa anda di mana saja dan pada bila-bila masa serta sangat versatil dalam menciptakan karya baru seni fotografi.
Dilengkapi bersama IMX586 main lens, 48MP AI Quad Camera milik HONOR 20 membolehkan pengguna menangkap gambar dengan kejelasan yang hebat semasa siang hari, terutamanya apabila menggunakan 48MP AI Ultra Clarity Mode.
Kebolehan membelajar dan kelajuan memproses imej AI telah bertambah baik sebanyak 134% dan 46% kerana dual-NPU dan dual-ISP yang dibolehkan oleh 7nm Kirin 980 Ai chipset. Dengan mode ini, kamera akan menangkap beberapa gambar 48MP pada waktu serentak. Seterusnya, dual-NPU dan dual-ISP akan menyusun butiran terbaik daripada setiap gambar 48MP ini dan menggabungkannya untuk mencipta satu imej 48MP. Akhirnya, barulah satu foto 48MP yang sebenar dihasilkan dengan kualitinya jauh melangkaui imej 48MP lain. Butiran di dalam kawasan gelap telah dioptimumkan dan warna dilaraskan untuk kelihatan lebih jelas.


Ini memang ciri yang paling menarik di HONOR 20. Selain itu, gelung aperture mempunyai keluasan sebanyak F1.4¹, paling luas di industri dan membenarkan lebih cahaya untuk dipancarkan ke kanta, lalu menambah baikkan kebolehan kamera di bawah cahaya gelap secara asas. Selain itu, 48MP Main Camera dan Telephoto Camera mempunyai optical image stabilization (OIS) untuk menghasilkan foto yang sangat stabil walaupun kamera gegar. Bersama laser autofocus, kamera siri HONOR 20 boleh bereaksi dengan cepat dan tepat kepada perubahan yang berlaku pada persekitaran dan meningkatkan kelajuan autofocus pada situasi yang lightingnya sukar.
Prestasi gaming mantap!
Honor 20 menggunakan 7nm Kirin 980 AI Chipset dan ini berita baik kerana hardware ini telah berjaya buktikan ia berpotensi untuk bersaing bersama chipset lain. Dibina menggunakan architecture 7nm yang sama seperti Apple A12 yang menguasakan iPhone XS, ini juga merupakan chipset eight-core sama yang digunakan di Huawei Mate 20 Pro. Menurut kajian, chipset ini meningkatkan CPU performance sebanyak 75%, camera processing sebanyak 46%, GPU performance sebanyak 46%, dan AI recognition sebanyak 120%. Untuk ringkaskan cerita, Honor 20 pasti akan menjamin prestasi yang konsisten, cekap dan berbaloi untuk jumlah harga yang anda belikan.
Dilengkapi pula dengan GPU Turbo 3.0 yang meningkatkan prestasi gaming di peranti tanpa menghauskan nyawa bateri dengan cepat, HONOR 20 memberi sebuah pengalaman gaming yang lebih lancar dan prestasi bateri yang ditambahbaik semasa gaming.
Selain itu, terdapat banyak game menarik dan popular yang disesuaikan untuk GPU Turbo. Antaranya ialah Fortnite, Knives Out, Battle Bay, Crazy Taxi, Real Racing 3, Into the Dead 2, NBA 2K19, Dragon Nest M, Duel Links, PES2019, DRAGON BALL LEGENDS, FIFA Mobile, Free Fire, Minecraft, Helix, Plants vs. Zombie Heroes, Subway Surfers, Brawl Stars, dan Speed Drifters.
Honor 20 mempunyai dua variasi LPDDR4X RAM, 6GB RAM atau 8GB RAM dan internal storage UFS 2.1Ultra Fast Storage 128GB yang boleh ditambah sehingga 256GB. Sudah tentu peranti ini sudah cukup memuaskan hati untuk menampung segala aktiviti seharian anda, tak kisah lah jika bermain facebook dari pagi hingga malam ke, tengok youtube 1080p atau bermain PUBG sehingga Chicken Dinner.
Rekaan punch-hole terkecil di dunia!
Perkara pertama saya nak sentuh tentang rekaan HONOR 20 ialah rekaan punch-hole nya! HONOR 20 mempunyai punch-hole terkecil di dunia. Punch-hole ini diaplikasikan di sudut kiri atas kamera dan hanya berukuran 4.5mm.
Lubang pada skrin ini telah menggantikan rekaan notch, yang secara tradisional mengandungi kamera depan dan sensor lain pada peranti. Meletakkan punch-hole di kiri peranti juga merupakan satu perkara yang dirancang oleh pereka, kerana ia mempengaruhi mobile gaming para pengguna. Dengan peranti di dalam posisi landscape, punch-hole telah ditutup oleh tangan anda. Ini memberi pengalaman full-screen view untuk bermain game atau menonton video pada display 6.26 inci HONOR 20. Dengan saiz sensor sebesar 1/2 inci, HONOR 20 juga merupakan peneraju kepada saiz sensor terbesar yang khas direka untuk penerimaan cahaya yang lebih bagus.
Akhirnya, ini pun antara ciri paling menarik di HONOR 20. Fingerprint sensornya bukan di depan, bukan di belakang, bukan di dalam skrin, tetapi di tepi pada Power Button! Sekali lagi, Honor mengimplementasikan rekaan baru selepas memperkenalkan idea intergrated fingerprint sensor. Sensor ini mampu unlock peranti anda dengan kadar kelajuan 0.5 saat! Laju kan? Ini kerana 10 Level Dynamic Pressure Sensing yang meningkatkan ketepatan sensor. Selain itu, HONOR 20 menggayakan rekaan Dynamic Holographic dan All-Glass Back Panel yang sangat-sangat classy.
Bateri 22.5W SuperCharge dan Virtual 9.1 Surround Sound!
Bateri tahan lasak yang mampu bertahan sehari hanya selepas sekali cas, HONOR 20 mempunyai bateri kapasiti 3750mAh dan juga 22.5W SuperCharge! Ini membolehkan 50% cas dalam tempoh 30 minit. Sangat laju dan pengguna pun tidak perlu tunggu lama untuk on-the-go.
Dan ini kali pertama di untuk mana-mana peranti menyokong Virtual 9.1 Surround Sound. Ciri ini berfungsi dengan apa-apa saja earphone atau headphone yang menyokong 9.1.
Kesimpulan
Harap pembaca puas hati dengan spesifikasi HONOR 20. Dengan keutamaan diberi kepada kamera 48MP AI, peranti ini memang menyerlah apabila menangkap gambar di bawah persekitaran low-lighting. Ini ialah gadget flagship terbaru daripada HONOR yang menggabungkan kamera dan gaming pada satu dan lulus dengan cemerlang selepas diuji pada dua bahagian ini. Bukan itu sahaja, mereka siap menambah ciri-ciri baru seperti Intergrated Fingerprint Sensor pada Power Button dan 9.1 Surround Sound! Ini adalah berita bonus dan menggembirakan. Bagi mereka yang menunggu keluaran terbaru HONOR ini, korang memang tak silap kerana ia memberi tanggapan yang terlalu hebat! Ini sahaja daripada Si Labu! Till next time gais.
Untuk maklumat lanjut boleh ke laman rasmi HONOR: https://www.hihonor.com/my
atau
laman Facebook rasmi HONOR: https://www.facebook.com/HonorMY
@gamersantaimy
Discussion about this post