Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Honkai: Star Rail Update 3.0 ‘Paean of Era Nova’ Akan Tiba Pada 15 Januari!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 2, 2025
in Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, PC, PS5, RPG
0 0
0
Honkai: Star Rail Update 3.0 ‘Paean of Era Nova’ Akan Tiba Pada 15 Januari!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah sekian lama menunggu, HoYoverse akhirnya mengumumkan bahawa update untuk Honkai: Star Rail versi 3.0, yang diberi nama “Paean of Era Nova,” akan dilancarkan pada 15 Januari.

Dalam update ini, pemain akhirnya akan menjelajahi dunia baharu, Amphoreus, memulakan babak baharu dalam cerita utama. Misi Trailblaze di Amphoreus akan diperkenalkan dalam dua bahagian, merangkumi lapan versi dari 3.0 hingga 3.7, menjadikannya story arc terbesar dalam Honkai: Star Rail setakat ini.

Kredit: HoYoverse

Amphoreus

Astral Express tiba di Amphoreus, dunia misteri di bawah perlindungan Black Swan, untuk mengisi semula Trailblaze Fuel. Penduduknya menyembah “Titan,” bukan Aeon, dengan legenda mengatakan 12 Titans mencipta dunia ini. Namun, tragedi bermula apabila tiga Titan—Strife, Death, dan Trickery—memicu perang dewa, diikuti oleh “black tide,” kuasa gelap yang membawa kegilaan. Selama berabad-abad, Amphoreus tenggelam dalam kegelapan, dengan kota suci terakhir, Holy City of Okhema, dilindungi oleh Kephale, Worldbearing Titan.

Kredit: HoYoverse

Kedatangan Astral Express menjadi titik perubahan bagi Amphoreus. Trailblazer dan Dan Heng memulakan perjalanan di “Abyss of Fate.” Kini tinggal runtuhan, kawasan ini menyimpan kunci kepada penyelamatan Amphoreus. Semasa meneroka lebih dalam, Trailblazer bertemu Oronyx (Titan of Time), dan memulakan Path of Remembrance, memperoleh kekuatan untuk “menarik kekuatan dari masa lalu.”

Kredit: HoYoverse

Pada masa yang sama, pemain juga akan bertemu rakan baharu bernama “Mem,” yang asal usulnya sangat misteri. Memainkan peranan penting dalam pertempuran, Trailblazer boleh memanggil Mem dalam pertempuran, di mana ia secara perlahan mengumpul tenaga. Apabila penuh, Mem memberikan sokongan yang membolehkan watak tertentu bertindak serta-merta dan memberikan True DMG.

Watak 5-Star Baharu

Versi 3.0 akan menjemput dua watak 5-star baharu dan kuat untuk menyertai pengembaraan pemain.

The Herta

Kredit: HoYoverse

Ahli terkenal Genius Society ke-83 dan watak Ice-Type Erudition yang mahir dalam serangan AoE. Dalam pertempuran, Herta boleh menerapkan Interpretation kepada musuh, manakala serangan sekutu turut memperkuatkan kesan tersebut. Mengikut jumlah Interpretation stack, kebolehannya memberikan serangan DMG yang lebih kuat kepada sasaran tertentu dan pelbagai musuh. Ultimate-nya memindahkan stack tertinggi kepada musuh Elite sebelum memberikan DMG Ice kepada semua sasaran.

Aglaea

Kredit: HoYoverse

Wira legenda dari Amphoreus dan watak Remembrance 5-star pertama. Sebagai pemimpin Chrysos Heirs, dia menguasai kuasa “Romance.” Dalam pertempuran, Aglaea memanggil memosprite bernama Garmentmaker untuk serangan yang diselaraskan, meningkatkan SPD dan menambah elemen ritma dalam perlawanan. Bersama, mereka melancarkan “tarian” serangan yang memukau dengan koordinasi sempurna.

Selain itu, separuh pertama Versi 3.0 akan menampilkan acara Warp istimewa. Watak 5-bintang terhad Lingsha, Feixiao, dan Jade akan kembali. Separuh kedua pula akan menyaksikan kemunculan semula watak 5-star Boothill, Robin, dan Silver Wolf.

Di samping itu, March 7th akan menerima pakaian Preservation yang boleh diperoleh selepas membuka fungsi “Characters” dan log masuk semasa tempoh Versi 3.0.

Heroes, Assemble! Let the Paean of Era Nova Resound

“Heroes, Assemble! Let the Paean of Era Nova Resound” web event is now available. Get Stellar Jade and Your Chance to Win PlayStation®5 Pro!

Pre-register now: https://t.co/XrfGHBwnON

■ Event Period: 2025/01/01 20:30 – 2025/01/15 06:00 (UTC+8)#HonkaiStarRail pic.twitter.com/tcO3aNg0JV

— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) January 1, 2025

Akhir sekali, dengan pelancaran Versi 3.0, acara web “Heroes, Assemble! Let the Paean of Era Nova Resound” turut tersedia. Daftar sekarang untuk menyertai barisan wira dan mendapatkan maklumat terkini mengenai Versi 3.0. Menyertai acara ini juga memberikan peluang untuk memenangi barangan fizikal, Express Supply Passes, dan ganjaran in-game.

Untuk maklumat lanjut, layari SINI.

Bagi mereka yang berminat, Honkai: Star Rail kini tersedia di PC, iOS, Android, Epic Games Store, dan PS5.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Honkai: Star Rail
ShareTweetSend
Previous Post

Apakah Jenis-Jenis Isekai Dalam Anime? Rumusan Padat!

Next Post

Wuthering Waves Kini Tersedia di PS5 Bersama Update Versi 2.0!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
Wuthering Waves Kini Tersedia di PS5 Bersama Update Versi 2.0!

Wuthering Waves Kini Tersedia di PS5 Bersama Update Versi 2.0!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd