HoYoverse secara rasmi telah mengumumkan Honkai: Star Rail Trailblazer Edition dalam bentuk fizikal untuk PlayStation 5, yang akan dilancarkan pada 15 Januari 2025 di Malaysia.
The Honkai: Star Rail Trailblazer Edition PS5® Physical Disc Bundle is set to be released in Januray 2025! Detailed Contents and the lineup of the Holographic Character Cards are revealed!#HSRPS5Disc
[Available countries and regions and sale times]1) January 15 (Local Time):… pic.twitter.com/3gYVhG59dY— Honkai: Star Rail (@honkaistarrail) December 16, 2024
Secara am, Honkai: Star Rail Trailblazer Edition menawarkan pelbagai barangan koleksi dan ganjaran menarik, sempena meraikan tajuk popular ini dalam format fizikal premium. Khususnya, edisi ini menampilkan barangan fizikal dan digital eksklusif berikut:
Kandungan Fizikal:
- Cakera fizikal Honkai: Star Rail PlayStation 5 dan casing (x1)
- Set kad watak holografik (x1)
- Watak termasuk: Firefly, Acheron, Aventurine, Kafka, Blade, Sparkle, Seele, Jingliu, dan Robin
- Keychain chibi Trailblazer holografik eksklusif PlayStation 5 (x2)
- Poskad eksklusif PlayStation 5 (dengan kod tebus dalam game) (x1)
Ganjaran Dalam Game:
- Stellar Jade (x50)
- Credit (x30,000)
- Refined Aether (x3)
Kod tebusan ini boleh digunakan di pelbagai platform, termasuk mobile, PC, dan PlayStation 5, dan akan diaktifkan bermula pada 15 Januari 2025. Pemain perlu mengambil perhatian bahawa setiap akaun Honkai: Star Rail hanya boleh menebus ganjaran ini sekali sahaja.
Giveaway Istimewa untuk Peminat

Bagi meraikan pengumuman ini, HoYoverse turut memberikan peluang kepada peminat untuk memenangi Honkai: Star Rail Exclusive Edition DualSense Wireless Controller.
Untuk menyertai, pengguna media sosial X perlu membalas posting HoYoverse dan berkongsi kad watak holografik yang paling dinantikan daripada edisi fizikal tersebut. Lima pemenang bertuah akan dipilih.
@gamersantaimy
Discussion about this post