Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Himawari Ialah Tuan Terbaru Kyubi? Rupanya Kurama Masih Hidup Dalam Boruto

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 24, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Himawari Ialah Tuan Terbaru Kyubi? Rupanya Kurama Masih Hidup Dalam Boruto

Kredit: MikioIkemoto9

Share on FacebookShare on Twitter

Boruto: Two Blue Vortex mengejutkan peminat sekali lagi dengan bab terbaru kerana watak yang disayangi, Kurama (Kyubi), yang sebelum ini mati, nampaknya telah kembali secara rasmi kepada siri. Ramai peminat membuat teori tentang kepulangan Kurama, dan ia akhirnya ia berlaku, apabila Kyubi hidup semula di dalam badan Uzumaki Himawari.

Kredit: Shueisha

AMARAN! SPOILER UNTUK BORUTO: TWO BLUE VORTEX BAB 9!!

Kurama ialah salah satu watak terpenting dalam siri Uzumaki Naruto, memandangkan dia sentiasa bersama protagonis tersebut. Sejak Naruto dilahirkan, Kurama adalah sebahagian daripadanya, namun, ini berubah dalam siri Boruto apabila Naruto terpaksa melawan Otsutsuki Isshiki , yang merupakan individu terkuat pernah dia temui ketika itu.

Kredit: Pierrot

Oleh itu, Kurama membuat rancangan khas untuk mengalahkan individu yang sangat kuat ini. Dengan menggabungkan chakranya bersama Naruto, teknik serba baharu telah dicipta yang dikenali sebagai Baryon Mode.

Kredit: Pierrot

Pendek cerita, Naruto dan Kurama berjaya memenangi pertarungan ini, namun, ia datang dengan padah yang sangat besar. Padahnya adalah nyawa Kurama, dan pada penghujung pertarungan, dia akhirnya mati, meninggalkan Naruto keseorangan buat kali pertama dalam hidupnya.

Namun seperti yang telah diramalkan oleh peminat, Kurama sememangnya kembali di Boruto.

Kredit: Shueisha

Kishimoto telah membawa kembali Kurama secara rasmi dalam manga Boruto: Two Blue Vortex bab 9. Ini disahkan apabila Jura dan Hidari (kedua-duanya antagonis baru) memasuki Kampung Konoha. Mereka menjejaki chakra Naruto, dan mahu memakannya, kerana mereka percaya dia adalah Jinchuriki kepada Kyubi. Walau bagaimanapun, jejak chakra itu rupanya membawa mereka ke Uzumaki Himawari. Di sini, ia disahkan bahawa Himawari adalah tuan badan semasa untuk Kurama.

Kredit: Shueisha

Semasa Himawari melarikan diri daripada Jura dan Hidari (bersama bantuan Team 10), Himawari tiba-tiba memasuki Seishin Sekai (Mental World). Ini adalah alam di mana hanya Bijuu dan Jinchuriki yang benar-benar sepadan boleh berkomunikasi secara telepati.

Kredit: Shueisha

Di alam ini lah Kurama akhirnya muncul, bagaimanapun, dalam bentuk bayi. Kurama menyebut bahawa Ten-Tails boleh mengesannya lalu bertanya kepada Himawari jika dia tahu kenal siapakah dirinya. Hiwamari pun menjawab dia tahu musang ekor sembilan itu adalah Kyubi.

Namun, timbulnya persoalan sama ada Kyubi di dalam Himawari adalah Kurama yang sama atau penjelmaan baru? Itu masih menjadi misteri. Walau bagaimanapun, bijuu baharu ini berkemungkinan adalah entiti yang berasingan daripada Kurama. Saya mengharapkan bab akan datang akan menjelaskan perkara ini.

Baca segala berita kami tentang Boruto di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BorutoHimawariKURAMAmanga
ShareTweetSend
Previous Post

Khabar Angin: Ubisoft Ingin Mematikan Francais Watch Dogs

Next Post

SEGA Golden Week Sale Bermula – Like a Dragon Gaiden & Ishin Berharga Diskaun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
SEGA Golden Week Sale Bermula – Like a Dragon Gaiden & Ishin Berharga Diskaun!

SEGA Golden Week Sale Bermula - Like a Dragon Gaiden & Ishin Berharga Diskaun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd