Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hideo Kojima terlibat dalam dua projek terbaru pada tahun depan!

Maira by Maira
December 28, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Movie/siri
0 0
0
Hideo Kojima terlibat dalam dua projek terbaru pada tahun depan!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Famitsu, laman web popular yang menyiarkan barita mengenai game ada membuat temu ramah dengan 127 pembangun game dan bertanya mengenai harapan mereka untuk tahun 2022. Dalam temu ramah itu, Hideo Kojima juga ada meninggalkan komennya tersendiri bukan setakat itu, dia juga seperti meninggalkan petunjuk mengenai projek terbarunya di Kojima Productions.

Melalui Famitsu, Kojima ada melaporkan bahawa dia mempunyai dua projek yang akan dijalankan. Satu daripadanya merupakan sebuah projek yang besar dan satu lagi merupakan sebuah projek mencabar. Dia juga ingin mengambil langkah seterusnya untuk menceburi media yang lain selain daripada game.

Jika anda ingin tahu, Kojima Productions telah menubuhkan division terbaru dalam studio itu dan ianya akan berfokuskan pada filem, muzik dan siri TV. Division baru itu berpusat di Los Angeles, California. Pasukan baru ini akan diketuai oleh Riley Russell, yang menyertai syarikat itu selepas hampir 28 tahun berkhidmat di PlayStation dalam pelbagai peranan, termasuk ketua pegawai undang-undang, dan VP hal ehwal perniagaan. Mungkin salah satu projek yang akan dibangunkan mempunyai kaitan dengan pasukan baru ini.

Selain itu, melalui akaun Twitter Hideo Kojima, dia ada mengucapkan “Selamat bercuti” dengan memaparkan ilustrasi tiga watak yang tidak pernah kita lihat selama ini. Watak-watak tersebut jika dilihat seperti dilukis oleh Yoji Shinkawa, pereka watak Metal Gear. Shinakawa juga ada bekerja dengan Kojima sebagai art director untuk Death Stranding. Kemungkinan besar juga ia adalah salah satu projek yang telah dinyatakan Kojima kepada Famitsu.

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

HAPPY HOLIDAYS❗️❗️ pic.twitter.com/Tq9CVHljgP

— 小島秀夫 (@Kojima_Hideo) December 24, 2021

Agaknya, projek baru apa yang akan kita lihat dari Kojima Productions. Rasa teruja pula untuk lihat projek baru tersebut. Kalau anda ingin membaca segala liputan mengenai game, anime dan manga, sila klik pautan ini.

Sumber: Twitter, Neogaf, famitsu

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: hideo kojimaKojima Productions
Previous Post

[Khabar angin] Tarikh pelancaran God Of War Ragnarok dibocorkan!

Next Post

Ini senarai Game Hebat yang akan keluar pada tahun 2022! Semua game gempak belaka!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
senarai game 2022

Ini senarai Game Hebat yang akan keluar pada tahun 2022! Semua game gempak belaka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd