Ada berita baik buat peminat Ultraman di Malaysia! Gracshaw, syarikat yang terkenal dengan pembuatan helmet dan aksesori sejak 2006 di Malaysia telah pun berkolaborasi dengan Tsuburaya Production yang memegang hak cipta Ultraman untuk menghasilkan helmet edisi terhad.
Helmet tersebut dikeluarkan dengan tiga rekaan yang menarik melibatkan tiga watak, iaitu Ultraman, Ultraman Taro dan Ultraman Tiga. Setiap rekaan mempunyai nombor siri tersendiri dan terhad kepada 1000 unit sahaja.
Dikeluarkan pada September 2022 dengan harga RM460, ia juga dilengkapi dengan cop yang telah dapat kelulusan daripada SIRIM. Setiap pembelian akan disertakan sekali dengan kad ketulenan yang menunjukkan betapa eksklusifnya helmet ini.
Ia juga mempunyai ciri double visor untuk mengelakkan daripada silauan matahari yang terang ataupun apa-apa elemen diluar jangkaan ketika memakainya dan mempunyai sistem pengudaraan yang bagus dan aerodinamik.

Saiz topi keledar ini bermula dengan saiz M (57 – 58 cm), saiz L (59-60 cm), saiz XL (61-62 cm), 2XL (63-64 cm) dan saiz paling besar untuk produk edisi terhad ini adalah 3XL (65-66 cm).
Datang dengan rekaan berwarna merah,perak, biru dan hitam mengikut warna asas Ultraman sudah pasti ia akan dapat sambutan yang hangat.
Ultraman yang juga dikenali sebagai Siri Ultra adalah nama kolektif untuk media yang dipanggil Tsuburaya Production yang dihasilkan oleh Eiji Tsuburaya, Tohl Narita dan Kazuha Mitsuta pada tahun 1966. Diperkenalkan dengan Ultra Q dan diteruskan dengan siri Ultraman.
Ultraman merupakan makhluk asing yang berasal daripada Land of Light di Nebula M78. Ketika sedang mengejar raksasa Bemular ke planet bumi, Ultraman telahpun gabungkan dirinya dengan Shin Hayata dan merupakan Ultra pertama yang melawat dan pertahankan bumi daripada serangan raksasa lain.
Rumusan siri Ultraman.
Ultraman Taro merupakan siri keenam yang masuk kedalam siri Ultraman. Kisah Ultraman Taro berbeza sedikit dengan Ultraman kerana hostnya, Kotaro Higashi telah dibunuh oleh Astromon dan kemudian mayatnya dibawa ke Nebula M78 lalu digabungkan dengan Ultraman Taro oleh Mother of Ultra.
Rumusan siri Ultraman Taro.
Ultraman Tiga pula dinamakan sempena dirinya yang boleh mengubah warnanya kepada tiga iaitu warna asalnya, biru dan juga merah. Setiap warna mempengaruhi kelebihan Ultraman Tiga dimana jika tukar ke warna merah akan menaikkan kekuatannya manakala warna biru pula meninggikan kelajuannya.
Rumusan siri Ultraman Tiga.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Ultraman, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post