Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hell’s Paradise: Jigokuraku Umum “Projek Survival RPG” Untuk Mobile & PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 23, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Mobile, PC, RPG
0 0
0
Hell’s Paradise: Jigokuraku Umum “Projek Survival RPG” Untuk Mobile & PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara Jump Festa ’25, diumumkan bahawa manga dark fantasy karya Yūji Kaku, Hell’s Paradise: Jigokuraku, akan diadaptasi menjadi game bertajuk Jigokuraku: Paradise Battle. Bakal dilancarkan pada tahun 2025, game ini akan tersedia di mobile dan PC sebagai tajuk free-to-play dengan pembelian mikrotransaksi.

Disifattkan sebagai survival RPG, tajuk ini akan membawa dunia mendebarkan dari Hell’s Paradise ke dalam pengalaman interaktif. Studio anime terkenal MAPPA akan menyediakan pengawasan editorial untuk memastikan game ini kekal setia kepada manga dan anime. Twin Engine, yang terkenal dengan penglibatan mereka dalam adaptasi anime, turut terlibat dalam perancangan game ini.

Kredit: ©賀来ゆうじ/集英社・ツインエンジン・MAPPA © GOOD SMILE COMPANY

Senario game akan diawasi oleh Akira Kindaichi, penulis skrip untuk siri anime. Yoshiaki Dewa dan ZENTA, yang sebelum ini bekerja pada komposisi muzik anime, kembali untuk menyumbangkan kepakaran mereka. Produksi game ini diuruskan oleh Good Smile Company.

Kredit: ©賀来ゆうじ/集英社・ツインエンジン・MAPPA © GOOD SMILE COMPANY

Setakat ini, tidak banyak maklumat yang diketahui. Tiada berita mengenai gameplay atau tarikh pelancaran tepat.

Kisah di Sebalik Hell’s Paradise: Jigokuraku

Berlatarbelakangkan zaman Edo di Jepun, plotnya mengikuti kisah Gabimaru the Hollow, seorang ninja yang dijatuhi hukuman mati tetapi diberikan peluang untuk menebus dirinya. Untuk mendapatkan pengampunan daripada Shogunate, dia mesti mencari eliksir kehidupan di sebuah pulau misteri dan berbahaya bernama Shinsenkyo. Pulau ini terkenal dengan flora, fauna, dan misteri supernatural yang mematikan, yang telah meragut nyawa lima pasukan ekspedisi sebelum ini.

Gabimaru ditemani oleh sekumpulan banduan hukuman mati, masing-masing dipasangkan dengan seorang wakil daripada klan Yamada Asaemon. Mereka mesti bertahan daripada bahaya di pulau itu sambil mengatasi konflik dalaman dan niat tersembunyi antara satu sama lain.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Hell's Paradise: Jigokuraku
ShareTweetSend
Previous Post

[CF 2024] Pengalaman Kami Di Comic Fiesta 2024 – Dari Gaming, Anime, Hingga Cosplay!

Next Post

Anime One Piece Kembali pada April 2025, Subaru Kimura Gantikan Kazuki Yao Sebagai Franky!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Anime One Piece Kembali pada April 2025, Subaru Kimura Gantikan Kazuki Yao Sebagai Franky!

Anime One Piece Kembali pada April 2025, Subaru Kimura Gantikan Kazuki Yao Sebagai Franky!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd