Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hebat Tapi Kurang Dikenali, Ramai Gelar ‘Blue Eye Samurai’ Sebagai Anime Terbaik 2023

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 28, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix, Review
0 0
0
Hebat Tapi Kurang Dikenali, Ramai Gelar ‘Blue Eye Samurai’ Sebagai Anime Terbaik 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak memfokuskan pada genre anime, Netflix berjaya menghasilkan beberapa siri hebat seperti Cyberpunk: Edgerunners, Devilman: Crybaby, Castlevania dan banyak lagi. Cuma satu anime yang kurang dikenali tetapi layak menerima perhatian yang sama tinggi adalah Blue Eye Samurai.

https://www.youtube.com/watch?v=nJ1yQn17lbE&ab_channel=Netflix

Baru sahaja dikeluarkan di Netflix, musim pertama Blue Eye Samurai nampaknya berjaya memikat hati para penonton sehingga meraih banyak pujian positif di seluruh dunia oleh para pengkritik dan komuniti dengan markah hampir sempurna di pelbagai laman web. Malah, ada yang mengelarnya sebagai anime terbaik tahun ini.

Adakah ini hanya pujian semata-mata atau adakah Blue Eye memang berbaloi untuk ditonton? Berikut adalah hasil kajian saya.

Sinopsis

Kredit: Netflix

Secara am, Blue Eye Samurai adalah siri televisyen aksi dewasa dari Amerika yang dicipta dan ditulis oleh pasangan suami isteri Michael Green dan Amber Noizumi, dan dianimasikan oleh Blue Spirit, syarikat dari Perancis.

Kredit: Netflix

Di Jepun abad ke-17 di mana sempadan ditutup daripada dunia luar, rakyat tidak pernah melihat wajah orang yang bukan Jepun, kecuali dalam kes perdagangan haram yang jarang berlaku.

Protagonis kami bernama Mizu (Maya Erskine), tahu bahawa empat lelaki “orang putih” yang ada semasa hari kelahirannya dan berniat untuk membunuh lelaki ini – salah seorang kemungkinan besar adalah bapanya dan juga insan yang membuatkannya menjadi “makhluk menjijikkan” ini. Tetapi membalas dendam bukanlah pilihan untuk wanita, jadi Mizu mesti meneruskan usaha membalas dendam sambil menyembunyikan jantinanya serta matanya yang berwarna biru.

Dalam perjalanan, Mizu ditemani oleh Ringo (Masi Oka), seorang pembuat soba yang terlalu bersemangat dan mengimpikan kehebatan; Taigen (Darren Barnet), seorang samurai sombong yang terpaksa bekerjasama dengan protagonis; dan Princess Akemi (Brenda Song), tunang Taigen dengan kehidupan mewah yang sepenuhnya bertentangan dengan Mizu.

Misi membalas dendam ini akhirnya membawa kita merentasi Jepun era Edo dalam siri provokatif yang menawarkan animasi dewasa terperinci dengan kelebihan aksi langsung.

Kredit: Netflix

Bagus Atau Tidak?

Kredit: Netflix

Saya pun tidak ingin memanjangkan cerita tetapi patutkah anda menonton anime ini?

Secara peribadi, jawapan saya adalah ya. Siri ini sangat cantik secara visual, bersama naratif menarik dan mengasyikkan serta penuh dengan adegan aksi koreografi gempak. Bukan itu sahaja, siri ini mempunyai tema dewasa yang boleh digemari oleh semua orang.

Kredit: Netflix

Jika anda suka cerita tentang seorang pahlawan tabah yang menggembara bersama dengan teman bodoh mereka, korang pasti akan suka Mizu dan temannya terutama Ringo. Jika anda suka naratif tentang perebutan kuasa penuh dengan plot twist, anime ini punyai sesuai untuk anda. Jika anda mahukan aksi penuh darah, pertarungan Blue Eye Samurai dapat memuaskan selera ganas anda.

Kredit: Netflix

Namun, tema utama tidak pernah berubah dan sangat berkait rapat dengan majoriti kisah anime. Ini adalah kisah tentang seorang indinvidu yang ingin mencapai matlamatnya sedangkan seluruh dunia sanggup mati menentang anda. Tidak kisah jika anda seorang wanita, miskin, atau kurang upaya, apakah yang individu tersebut perlu buat untuk mencapainya impiannya dalam dunia yang kejam? Setiap watak ada cara masing-masing dan semuanya diceritakan dalam naratif yang solid.

Kredit: Netflix

Secara keseluruhan, Blue Eye Samurai menyentuh tentang tema percintaan, politik, dendan dan keganasan; semuanya dibungkus dalam satu visual yang menakjubkan. Studio Blue Spirit berjaya menghasilkan animasi yang hebat untuk mencipta pesta visual bagi mata kita. Saya yakin ramai akan menyukai animasi Blue Eye Samurai walaupun animasi campuran 2D/3D hibrid. Tidak ramai yang suka elemen 3D tetapi ia digambarkan dalam cara yang “smooth” dan tidak merosakkan pengalaman tontonan.

Respon Daripada Para Kritik & Komuniti

Kredit: Rotten Tomatoes

Pada minggu pertama tayangannya di Netflix, Blue Eye Samurai telah ditonton oleh 2.9 juta orang. Sebagai bukti kepada usaha kreatif, anime ini telah mencapai kejayaan kritikal dan memperoleh markah 100% daripada pengkritik dan markah 96% oleh penonton awam di Rotten Tomatoes.

I watched 5 episodes of BLUE EYE SAMURAI! This is awesome! Using puppet theater, Mizu's past is cut back to the present! The reason why Mizu became a vengeance demon is revealed. You can't watch it without tears. The direction, the movements, the pictures and the story are… pic.twitter.com/TN3FIIdD2E

— HIDEO_KOJIMA (@HIDEO_KOJIMA_EN) November 21, 2023

Malah, developer game terkenal, Hideo Kojima, lelaki yang bertanggungjawab mencipta Metal Gear Solid dan Death Stranding, juga memberi sokongan kepada anime ini secara terbuka dan adalah salah seorang peminat Blue Eye Samurai yang paling berprofil tinggi. Kojima tidak bersendirian kerana orang ramai turut meluahkan rasa cinta mereka terhadap siri ini; ramai di media sosial memuji plot yang tematik, adegan aksi dan gaya seni yang dihasilkan dengan cantik.

Kredit: Netflix

Tetapi di penghujung hari, kita semua ada citarasa masing-masing. Cuma, jika anda bosan dan tidak tahu untuk menonton apa, saya 100% akan mengesyorkan Blue Eye Samurai yang kini boleh ditonton melalui Netlflix.

Dapatkan segala berita kami tentang anime di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBlue Eye Samurainetflix
ShareTweetSend
Previous Post

Napoleon Review — Ringkasan Hidup Napoleon yang Kucar-kacir

Next Post

“25th Anniversary Campaign” Bermula Di Yu-Gi-Oh MASTER DUEL – Pelbagai Kad Baru & Ganjaran!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
“25th Anniversary Campaign” Bermula Di Yu-Gi-Oh MASTER DUEL – Pelbagai Kad Baru & Ganjaran!

"25th Anniversary Campaign" Bermula Di Yu-Gi-Oh MASTER DUEL - Pelbagai Kad Baru & Ganjaran!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd