Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hasil studio tempatan Malaysia, No Straight Roads akan hadir di PS4 pada 30 JUN 2020 bersama pendedahan Collector’s Edition!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 27, 2020
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4
0 0
0
Hasil studio tempatan Malaysia, No Straight Roads akan hadir di PS4 pada 30 JUN 2020 bersama pendedahan Collector’s Edition!
Share on FacebookShare on Twitter

Bangga tak kalau saya kata ada satu game hebat yang bakal dikeluarkan oleh studio tempatan Malaysia? HAHHH! Meh saya cerita lebih! No Straight Roads ialah permainan video hasil studio Metronomik yang diketuai oleh Wan Hazmer (bekas lead game designer untuk Final Fantasy XV) dan akan dilancarkan untuk pelantar PS4 pada 30 Jun!

Itu bukanlah satu-satunya berita yang saya akan kongsikan hari ini… Bersama pengumuman itu, No Straight Roads Collector’s Edition yang mengandungi pelbagai item koleksi eksklusif, termasuk rekod vinil (10-lagu) yang menampilkan pemilihan lagu yang hebat daripada OST permainan, artbook NSR sebanyak 64-mukasurat yang menampilkan seni yang tidak pernah dilihat sebelum ini, dan satu set drumstick NSR. *artikel akan dikemas kini dengan link PlayStation Store MY apabila ia tersedia*

Rumusan:

No Straight Roads adalah game action-adventure yang menggabungkan pertempuran berasaskan muzik dengan dunia yang menarik dan soundtrack yang sedap. Muzik memainkan peranan yang besar dalam permainan ini, dan walaupun No Straight Roads bukanlah sepenuhnya permainan irama, mendengar kepada muzik amat kritikal untuk menguasai pertempuran. Ini bermakna ketika musuh menyerang, pemain boleh “attack“, “parry“, “jump” dan bergerak dengan bebas dalam pertarungan “third-person” yang penuh aksi, sambil mendengar isyarat untuk mengelak serangan musuh.

Permainan ini mengisahkan dua watak bernama Mayday dan Zuke yang menentang empayar EDM. Bermain sebagai Mayday atau Zuke, dan memimpin revolusi muzik di Vinyl City!

No Straight Roads juga berkolaborasi dengan artis-artis berbakat seperti James Landino, Andy Tunstall, Funk Fiction, Masahiro “Godspeed” Aoki, Az Samad, Clyde, dan Falk Au Yeong untuk menyampaikan soundtrack luar biasa yang beralih antara EDM dan Rock. Berikut adalah antara soundtrack di dalam permainan:

Walapun Korea ada band K-pop, NSR mempunyai 1010! 1010 adalah kumpulan “boyband” paling “cool” di Vinyl City dan merupakan antara musuh yang pemain harus bertarung!

Untuk maklumat lanjut tentang No Straight Roads, sila klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: collector's editionMalaysiaMetronomikno straight roadsWan Hazmer
Previous Post

Reka & bina stesen metro terunggul di STATIONflow! Bakal dikeluarkan di Steam pada 15 April!

Next Post

Review Game Open World ibarat Game AAA, itulah GENSHIN IMPACT memang memuaskan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Review Game Open World ibarat Game AAA, itulah GENSHIN IMPACT memang memuaskan!

Review Game Open World ibarat Game AAA, itulah GENSHIN IMPACT memang memuaskan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd