Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hari Acer 2024 Bermula Di Malaysia – Pelbagai Aktiviti, Promosi & Jualan Kilat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 2, 2024
in Acara, Aksesori, Artikel, Berita, Desktop, Hardware, Komputer, Laptop, Monitor, Mouse, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Hari Acer 2024 Bermula Di Malaysia – Pelbagai Aktiviti, Promosi & Jualan Kilat!
Share on FacebookShare on Twitter

Kembali untuk tahun ke-8, penyambutan tahunan Hari Acer kembali dengan tema ‘AI’m Limitless’. Hari Acer 2024 akan menonjolkan produk-produk Acer yang diperbaik oleh AI yang membantu mendorong batasan teknologi dan memupuk idea kreatif dan kebolehan baru di kalangan penggunanya.

Kredit: Acer Malaysia

Di Malaysia, Hari Acer 2024 telah bermula dengan jerayawara di ruang legar Plaza Low Yat pada 1 Ogos 2024. Pelbagai aktiviti di tapak, promosi, dan jualan kilat yang menarik akan tersedia untuk penglibatan orang ramai.

Acer menawarkan hadiah sehingga RM650,000 untuk ditebus oleh para pelanggan, termasuk kredit eWallet Touch ‘n Go sehingga RM300 untuk setiap pembelian produk tertentu. Penebusan boleh dilakukan melalui SINI sehingga 30 September 2024.

Kredit: Acer Malaysia

Tahun ini, jualan kilat menawarkan potongan harga sehingga 95%, dengan harga bermula dari RM1.99 untuk tetikus berwayar Acer, dan RM3.99 untuk tapak tetikus Vero yang diperbuat dari plastik PCR dan potongan harga sehingga RM3,600 untuk pembersih udara Acerpure Pro P3 dengan penderia CO2.

Di masa yang sama, 50 pelanggan pertama yang beratur untuk Jualan Kilat Hari Acer para 3 Ogos 2024 akan berpeluang untuk membeli sebuah Acerpure Pro P3 bernilai Rm5,599 dengan harga RM1 sahaja.

Untuk membawa keriangan dan promosi yang menarik lebih dekat kepada pelbagai pelanggan di seluruh Malaysia, karnival Hari Acer akan diadakan di Kedai Konsep Acer dan penjual rasmi terpilih di seluruh negara. Sila rujuk kepada jadual di bawah untuk tarikh dan tempat karnival Hari Acer.

Kredit: Acer Malaysia

Untuk para pelanggan yang lebih suka pembelian atas talian, e-Kedai Acer menawar potongan harga sehingga RM500, tersedia dengan segera sehingga 30 September 2024. E-Kedai Acer juga akan mengadakan jualan kilat tersendiri, bermula dari 12 am tengah malam setiap Isnin dari 5 Ogos 2024 sehingga 15 September 2024.

Sempena Hari Acer 2024, Acer Malaysia juga memperkenalkan Acer Aspire Lite 14 edisi khas. Dengan berat hanya 1.5kg, Aspire Lite 14 dilengkapkan dengan paparan IPS WQXGA+ 2.2k dengan nisbah aspek 16:10, menawarkan visual yang mengagumkan di harga yang berpatutan.

Kredit: Acer Malaysia

Aspire Lite 14 datang dengan pra-muatan Microsoft Office Home dan pelajar, dan jaminan selama 2 tahun dari Acer Malaysia. Harga pokoknya adalah RM 2,599. Para pelanggan boleh menikmati potongan harga tambahan sebanyak RM200 dan menebus RM150 kredit eWallet Touch ‘n Go sebagai ganjaran khas di Hari Acer ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Hari Acer 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Apex Legends Season 22: Shockwave – Segala Info Baharu!

Next Post

Tiket Untuk ‘Jujutsu Kaisen Animation Exhibition – Malaysia’ Rasmi Dijual Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Tiket Untuk ‘Jujutsu Kaisen Animation Exhibition – Malaysia’ Rasmi Dijual Sekarang!

Tiket Untuk ‘Jujutsu Kaisen Animation Exhibition – Malaysia’ Rasmi Dijual Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd