Manga Attack on Titan sudah lama tamat malah siri animenya juga sudah menghampiri penamatnya. Walaupun begitu, penamat siri tersebut telah menjadi kontroversi yang hebat dalam kalangan peminat. Pencipta siri tersebut, Isayama Hajime nampaknya mengetahui tentang kontroversi tersebut. Malah memberikan komen mengenainya. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.

Tidak lama lagi, akan ada satu acara ACG yang akan berlangsung di Amerika iaitu Anime NYC. Untuk pengetahuan anda, Isayama akan hadir sebagai tetamu khas di acara tersebut. Terima kasih kepada Kodansha, peminat telah mendapat satu mesej khas daripada Isayama sempena acara tersebut. Mesej tersebut berbunyi seperti berikut:

“Attack on Titan banyak dipengaruhi oleh filem Hollywood, rancangan TV dan budaya Amerika, jadi saya teruja untuk bertemu peminat dari tempat yang saya impikan untuk pergi. Saya sedar bahawa penamat Attack on Titan agak kontroversi. Saya terbuka untuk menerima pendapat jujur orang. Walau bagaimanapun, saya akan menghargainya jika anda baik kepada saya.”
Isayama Hajime

Mungkin ada antara anda yang tidak tahu tetapi selepas bab terakhir Attack on Titan dilepaskan, ramai peminat yang telah menghantar pelbagai mesej berbaur ancaman kepada pelukis manga tersebut. Isayama juga agak terkilan dengan mengenainya. Dengan acara yang akan berlangsung nanti, dia kini berharap peminat boleh berbaik kepadanya.

Pelbagai reaksi telah diberikan peminat setelah membaca mesej khas tersebut. Ada yang berasa sedih dengan mesej tersebut dan menyatakan bahawa sesetengah peminat tidak “matang”. Tetapi sudah tentu ada juga yang masih tidak berpuas hati mengenainya. Berikut adalah beberapa reaksi peminat di Twitter.
Agak hebat juga untuk Isayama mengatakan bahawa dia akan menerima kritikan daripada peminat Attack on Titan. Harap-harap kunjungan Isayama di Anime NYC berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Untuk membaca segala liputan mengenai Attack on Titan daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post