Berita malang untuk peminat Marvel di seluruh dunia kerana hampir semua siri rancangan MCU, termasuk What If…? Season 2, Echo, Ironheart, Daredevil, dan banyak lagi terpaksa ditangguhkan sekali lagi disebabkan bantahan berterusan oleh SAG-AFTRA dan WGA. Menurut The Hollywood Reporter, setiap rancangan TV MCU di Disney+ – selain daripada I Am Groot Season 2 (6 September) dan Loki Season 2 (6 Oktober) akan ditunda ke tahun 2024.
Berikut adalah senarai lengkap:

Sepatutnya keluar pada awal tahun ini, What If…? Season 2 kini akan keluar sekitar Hari Krismas; Echo (siri spinoff Hawkeye) pula akan berpindah dari November ke Januari 2024; manakala siri Agatha Harkness telah ditunda ke Halloween 2024. Dahulu diberi nama House of Harkness dan kemudian Coven of Chaos, siri ini kini akan dikeluarkan di bawah Agatha: Darkhold Diaries.
Ironheart, satu lagi siri yang telah menamatkan penggambaran tetapi belum siap, masih tidak lagi mempunyai tarikh keluaran. Begitu juga dengan Daredevil: Born Again dan Wonder Man, yang terpaksa menghentikan produksi buat masa sementara kerana SAG-AFTRA dan WGA.

Dihasilkan oleh Marvel Studios tetapi bukan sebahagian daripada MCU, X-Men: The Animated Series (sambungan X-Men ’97) juga telah ditangguhkan kepada awal 2024. Musim kedua sedang dalam rancangan dan nampaknya masih diusahakan buat masa ini.
Rancangan | Tarikh keluaran lama | Tarikh keluaran baru |
---|---|---|
What If…? Season 2 | Awal 2023 | Krismas 2023 |
Echo | 29 November 2023 | Januari 2024 |
Agatha: Darkhold Diaries | Musim Sejuk 2023 | Musim Luruh 2024 |
X-Men ’97 | Musim Luruh 2023 | Awal 2024 |
Daredevil: Born Again | Awal 2024 | Belum diumumkan |
Ironheart | Musim Luruh 2023 | Belum diumumkan |
Wonder Man | 2024 | Belum diumumkan |

Selain yang saya sebutkan tadi, Loki masih akan ditayangkan pada 6 Oktober, jadi peminat tidak perlu risau. Untuk membaca segala liputan kami tentang siri MCU di Disney+, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post