Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hacker berjaya mencuri skin CS:GO bernilai $2 juta dari ‘inventori paling mahal di dunia’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 27, 2022
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Hacker berjaya mencuri skin CS:GO bernilai $2 juta dari ‘inventori paling mahal di dunia’
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi beberapa pemain Counter-Strike: Global Offensive atau CS: GO, mengumpul skin mahal dan ‘rare’ adalah hobi yang menyeronokkan di mana beberapa item boleh bernilai hingga berjuta-juta duit USD. Malangnya, kami mendapat berita bahawa beberapa skin yang nilainya USD $2 juta telah digodam dan dicuri dari inventori CS: GO ‘paling mahal di dunia’.

Dikatakan sebagai inventori CS: GO ‘paling mahal di dunia’

Menurut pengumpul skin terkenal “ohnePixel”, seorang hacker telah mencuri beberapa skin daripada inventori seorang pemain lain, yang mengandungi koleksi lumayan bernilai sekitar USD $2 juta.

Dia menyatakan bahawa item itu datang daripada “inventori paling mahal dalam CS:GO”, dan terdiri daripada 7 skin AWP Souvenir Dragon Lore, yang merupakan salah satu skin senjata paling eksklusif dalam game – kadangkala bernilai sehingga USD $298,583.00+ (bagi setiap satu) bergantung pada keadaan.

Selain skin Dragon Lore, inventori CS:GO itu juga mempunyai ‘No-Star Karambit’. Biasanya, pisau CSGO dinilai daripada bintang dalam nama mereka untuk menunjukkan betapa ‘rare’ senjata itu. Tetapi, ‘No-Star Karambit’ tidak mempunyai sebarang simbol bintang, lantas membuatkannya benar-benar unik.

Pada masa yang sama, setiap skin mempunyai ‘wear value’ (nilai pemakaian) yang mempengaruhi penampilan. Sama seperti tadi, No-Star Karambit tidak mempunyai sebarang ‘float value’ lantas menjadikannya antara pisau paling bersih dalam game.

Harga jualannya tidak diketahui, tetapi ia boleh menjadi antara pisau paling mahal dalam CSGO jika ia dijual. Menurut data, ia pernah dinilai pada USD $15,000+.

Akhir sekali dalam inventori adalah #1 Blue Gem Karambit yang merupakan pisau paling ‘rare’ dalam kategorinya dengan corak Blue Gem sempurna yang bernilai sekurang-kurangnya $1.5 juta.

Contoh Blue Gem Karambit

‘ohnePixel’ menjelaskan apa yang berlaku di media sosial dan mendakwa bahawa hacker itu telah mencuri keseluruhan inventori dan menjual hampir separuh daripada item tersebut dengan pantas. Berikut adalah kenyataan penuh:

Skin CS: GO bernilai $2,000,000+ telah digodam dan dicuri (beberapa item dialihkan/dijual ketika sedang bercakap sekarang).

Ini ialah inventori paling mahal sepanjang masa, yang mengandungi item paling legenda dalam sejarah CS:GO (7x Souvenir Dragon Lore, No-star Karambit, #1 Blue Gem).

$2,000,000+ in CS:GO skins have been hacked and stolen (some items getting moved/sold as we speak)

this is the most expensive inventory all-time, containing the most legendary items in CS:GO history (7x souvenir dragon lores, no-star karambit, #1 blue gems)

@CSGO @Steam pic.twitter.com/d80miZorNh

— ohnePixel (@ohnePixel) June 21, 2022

Menurut laporan, e-mel dan kata laluan akaun Steam bagi pemilik inventori itu telah ditukar pada minggu lepas. Malangnya, dia sedar terlalu lambat. Selepas memberitahu bahawa inventori itu digodam, ohnePixel menggesa pembangun CS:GO iaitu Valve (juga pemilik Steam) untuk bantu mendapatkan semula item dan mencari cara lain untuk mencegah penggodaman.

Buat para pengumpul skin mahal, korang pun perlu memerhatikan akaun masing-masing pada masa hadapan dan jangan lupa untuk aktifkan ciri sekuriti tambahan seperti “2-step-verification” untuk mengelakkan sebarang pencurian akaun.

Untuk segala liputan kami tentang CS: GO, sila tekan pautan ini.

Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO)
Release Date: 2012-08-21
Microsoft Windows
Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO adalah permainan FPS yang dibangunkan oleh Hidden Path Entertainment dan Valve Corporation. Ia merupakan permainan keempat dalam siri Counter-Strike dan dikeluarkan untuk Microsoft Windows, OS X, Xbox 360, dan PlayStation 3 pada 21 Ogos 2012, manakala versi Linux dikeluarkan pada tahun 2014.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CS:GOHacker
Previous Post

Tower of Fantasy akan hadir ke Steam dan Epic tahun ini, pra-daftar sekarang!

Next Post

[Khabar Angin] EA mengumumkan game baru pada Julai 2022 termasuk Need for Speed & FIFA

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[Khabar Angin] EA mengumumkan game baru pada Julai 2022 termasuk Need for Speed & FIFA

[Khabar Angin] EA mengumumkan game baru pada Julai 2022 termasuk Need for Speed & FIFA

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd