Hari ini, Bandai Namco dan Sunrise mengesahkan bahawa Gundam: The Witch From Mercury Prologue akan mula ditayangkan pada 1 September 2022 di YouTube rasmi mereka iaitu GundamInfo.
Gundam: The Witch From Mercury Prologue akan menceritakan kisah tentang Elnora Samaya yang merupakan pilot ujian bagi Gundam Lfrith. Dalam Gundam ini, ia telah dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata GUND-BIT yang boleh digunakan untuk membentuk perisai.

Entah bagaimana Elnora berkahwin dengan pengurus pembangunan Gundam iaitu Nadim Samaya. Daripada hasil perkahwinan itu, mereka telah mempunyai seorang anak perempuan bernama Ericht Samaya. Dalam prolog ini, Nadim masih berumur empat tahun dan mempunyai banyak ciri-ciri yang sama dengan protagonis Suletta Mercury dalam siri anime yang utama.
Sebelum ini, ia pernah ditayangkan pada acara fizikal yang berlangsung di San Diego Comic-Con pada 21 Julai 2022. Untuk tayangan umum di seluruh dunia akan dimulakan pada 1 September 2022 di YouTube rasmi GundamInfo.

Kalau korang nak tahu, siri utama Gundam: The Witch from Mercury akan menampilkan protagonis perempuan buat kali pertama dalam sejarah francais Gundam. Siri utama anime Gundam akan mula ditayangkan pula pada bulan Oktober 2022.

Berikut adalah serba sedikit mengenai jalan cerita bagi siri utama Gundam ini.
A.S. (Ad Stella) 122―
Satu era apabila banyak syarikat telah mula dibuka dan membina ekonomi yang besar. Seorang gadis dari planet terpencil, Mercury berpindah ke Asticassia School of Technology, dikendalikan oleh Beneritt, Group yang mendominasi industri mobile suit.
Nama gadis tersebut ialah Suletta Mercury. Dengan cahaya merah terang yang membara dalam hatinya, gadis ini akan melangkah ke sebuah dunia yang baru.
Saya ingin mengingatkan sekali lagi bahawa Gundam: The Witch From Mercury Prologue akan mula ditayangkan pada 1 September 2022 di YouTube GundamInfo. Saya pasti ramai yang tertunggu-tunggu dengan siri anime baru kali ini. Apapun, harapnya siri anime Gundam baru ini dapat menarik lebih ramai peminat baharu.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai anime, filem, game dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post