Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gundam: The Witch From Mercury Prologue akan ditayangkan 14 Julai, kenali watak-watak utama!

Maira by Maira
June 17, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Gundam: The Witch From Mercury Prologue akan ditayangkan 14 Julai, kenali watak-watak utama!
Share on FacebookShare on Twitter

Gundam: The Witch From Mercury mendedahkan watak-watak serta beberapa visual baru menampilkan watak utama, Suletta Mercury bersama gundamnya, Gundam Aerial. Kalau anda ingin tahu, inilah protagonis “wanita” pertama untuk francais Gundam. Prolog untuk siri ini akan ditayangkan pada 14 Julai ini sebelum tayangan perdana siri pada bulan Oktober nanti. Ia juga akan ditayangkan buat pertama kali di Gundam Factory Yokohama, tapak Unicorn Gundam di Odaiba Tokyo, tapak Freedom Gundam di Shanghai, tapak Gundam RX-93ffν di Fukuoka, dan Gundam Base Virtual World yang sebahagian daripada Gundam Metaverse.

Selain daripada itu, penerangan ringkas mengenai kisah siri baru ini juga telah didedahkan di laman web rasmi anime:

A.S. (Ad Stella) 122―

Satu era apabila banyak syarikat telah mula dibuka dan membina ekonomi yang besar. Seorang gadis dari planet terpencil, Mercury berpindah ke Asticassia School of Technology, dikendalikan oleh Beneritt,Group yang mendominasi industri mobile suit.

Nama gadis tersebut ialah Suletta Mercury. Dengan cahaya merah terang yang membara dalam hatinya, gadis ini akan melangkah ke sebuah dunia yang baru.

Buat masa sekarang, lima watak anime Gundam: The Witch From Mercury telah didedahkan bersama-sama gundam yang dipandu mereka. Jom kita kenali mereka satu-persatu!

Sulletta Mercury

Seorang pelajar tahun dua di jabatan piloting, yang berpindah ke sekolah dari Mercury. Suletta seorang yang pemalu dan kurang kemahiran berkomunikasi. Dia ialah pilot Gundam Aerial yang dibangunkan di Mercury.

Miorine Rembran

Seorang pelajar tahun dua yang menarik dan cemerlang dari segi akademik dalam jabatan strategi pengurusan. Miorine ialah anak perempuan tunggal Delling Rembran, presiden Beneritt Group dan pengerusi lembaga sekolah. Dia mempunyai perasaan memberontak yang kuat terhadap bapanya.

Guel Jeturk

Pewaris Jeturk Heavy Machinery, salah satu daripada tiga cawangan kumpulan itu, dan pelajar tahun tiga di jabatan piloting. Guel berperangai kasar dan mudah marah. Sebagai ace pilot untuk Jeturk House, dia mempunyai keyakinan terhadap kemahirannya sendiri.

Elan Ceres

Pilot terbaik yang disokong oleh Peil Technologies, salah satu daripada tiga cawangan Beneritt Group. Seorang pelajar tahun tiga di jabatan piloting. Elan seorang yang pendiam dan menyendiri, yang tidak membuka hatinya kepada sesiapa pun di sekolah tetapi dia mempunyai minat terhadap Suletta.

Shaddiq Zenelli

Anak angkat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Grassley Defense Systems, salah satu daripada tiga cawangan Beneritt Group. Seorang pelajar tahun tiga di jabatan piloting yang mengetuai Grassley House. Walaupun masih pelajar, Shaddiq telah menunjukkan kemahirannya dalam perniagaan dan juga calon eksekutif generasi akan datang.

Mesti ramai yang tidak sabar untuk menonton prolog anime ini. Apapun kita tunggu sahaja trailer baru yang akan datang sebelum tayangannya nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Gundam, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gundam animeMobile Suit Gundam: The Witch From Mercury
Previous Post

FIFA 22 & Far Cry 5 akan tersedia dalam PC Game Pass untuk Jun/Julai 2022

Next Post

eFootball 2022 lancar Season 2 dengan pelbagai Dream Team Power Pack di konsol, PC dan mobile!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
eFootball 2022 lancar Season 2 dengan pelbagai Dream Team Power Pack di konsol, PC dan mobile!

eFootball 2022 lancar Season 2 dengan pelbagai Dream Team Power Pack di konsol, PC dan mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd