Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gundam Cafe akan ditutup sepenuhnya tahun depan!

Maira by Maira
November 2, 2021
in Artikel, Berita
0 0
0
Gundam Cafe akan ditutup sepenuhnya tahun depan!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah catatan dari laman web rasmi untuk restoran bertema iaitu Gundam Cafe mengumumkan bahawa empat daripada lima lokasi semasa kafe tersebut akan ditutup sepenuhnya pada Januari tahun depan.

Gundam Cafe Square di Osaka akan ditutup pada 10 Januari 2022. Kafe utama Gundam di Tokyo Cafe Brand Core di Akihabara, Divercity Tokyo Plaza di Odaiba dan Fukuoka semuanya akan ditutup pada 30 Januari 2022. Gundam Cafe di Dohtonbori, Osaka telah pun ditutup pada 31 Mac awal tahun ini.

Kafe Yokohama Satellite di Gundam Factory Yokohama akan kekal dibuka buat masa ini, walaupun Gundam Factory Yokohama itu sendiri akan ditutup pada 31 Mac tahun depan. Untuk pengetahuan anda, Gundam Factory Yokohama merupakan kemudahan yang menempatkan patung saiz sebenar untuk model Gundam RX-78-2 yang boleh bergerak!

Kafe utama di Akihabara juga baru sahaja dikembangkan pada Julai 2020 dengan hampir empat kali ganda ruang sebelumnya sempena meraikan ulang tahunnya yang ke-10. Gundam Cafe membuka cawangan pertama dan utamanya di Akihabara pada tahun 2010. Selain cawangan di atas, terdapat lokasi lain di Stesen Tokyo Railways Jepun dan Makuhari serta pelbagai kedai pop-up sepanjang dekad yang lalu.

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Bandai tidak menyatakan sebab mengapa mereka menutup semua lokasi Gundam Cafe dalam siaran pengumuman. Bagaimanapun, pengsumuman penting sebelum ini memberitahu bagaimana pandemik Coronavirus telah menyebabkan kafe terpaksa beroperasi dengan masa yang lebih singkat.

Dalam catatan yang sama, Bandai turut meminta orang ramai menantikan projek baru daripada mereka. Syarikat itu bejanji untuk menyediakan tempat komunikasi baru untuk peminat Gundam yang sesuai dengan masa kini dengan pengalaman yang sama dari kafe sedia ada.

Kalau korang peminat Gundam yang dah lama teringin nak jejak kaki di kafe ni, nampaknya korang kena pergi sebelum dia tutup tahun depan. Boleh juga kalau korang nak tunggu projek baru Bandai. Mungkin mereka akan wujudkan hub Gundam yang lebih menarik daripada kafe sedia ada. Kalau korang nak baca liputan lain tentang Gundam, sila klik pautan ini.

Sumber: ANN

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: gundamGundam Cafe
Previous Post

Pro Player Valorant Dituduh Menyertai Skim Pengubahan Wang Haram

Next Post

Tomodachi Game mendapat adaptasi anime tahun depan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Tomodachi Game mendapat adaptasi anime tahun depan!

Tomodachi Game mendapat adaptasi anime tahun depan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd