Bandai Namco Entertainment telah mengumumkan yang Gundam Breaker Mobile akan ditutup buat selama-lamanya bermula pada 5 Jun 2023!
Mereka juga mengingatkan yang pembelian Haro Chip telah pun dihentikan dan sesiapa yang masih mempunyai baki Haro Chip, mereka menyarankan anda untuk menghabiskannya sebelum Gundam Breaker Mobile ditutup.

Kalau anda nak cuba bermain Gundam Breaker Mobile, ia kini tersedia di Google Play Store dan juga Apps Store. Jika nak tahu apa yang anda boleh lakukan dalam game tersebut, berikut adalah ciri-ciri penting game ini:
Pengubahsuaian Gunpla yang “Next Level”!
- Kumpul, gabung dan padankan bahagian daripada lebih 25+ siri anime Gundam untuk mencipta Gunpla terbaik
- Kumpul sumber untuk menaik taraf bahagian dengan menyelesaikan misi
- Warna Gunpla anda dengan kerja cat yang unik
Menjadi Juara dalam setiap Pertempuran!
- Pertempuran mobile suit weapon-based yang ringkas
- Cipta gabungan mecha unik dengan serangan Melee dan Jarak Jauh
- Pilih jenis lesen kerja Gunpla anda, In-Fighter, Defender atau Supporter dan banyak lagi!

Ikuti kisah anime Gundam original!
- Menampilkan watak asli yang eksklusif dan model Gunpla Mobile Sut
- Menangi kejohanan dan menyelamatkan kelab Gunpla High School daripada ditutup!
- Buat skuad untuk melawan musuh dalam pelbagai jenis misi!
Gunakan kuasa EX Skill daripada anime!
- Selesaikan musuh mecha dengan EX Skill yang berkuasa untuk memenangi pertempuran
- Hidupkan semula detik ikonik daripada siri anime Mobile Suit
- Hadkan letusan untuk mengurangkan tempoh bertenang dan muat semula EX Skill yang lebih pantas

Kalau anda nak tahu, Gundam Breaker Mobile telah dilancarkan pada 30 Julai 2019 di Google Play Store dan juga Apps Store. Tinggal lagi beberapa bulan sahaja untuk anda cuba game ini sebelum ia ditutup buat selama-lamanya.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post