Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan bahawa Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 kini tersedia di Steam secara percuma. Bersempena dengan pelancaran game ini di Steam, mereka sediakan pelbagai acara yang membolehkan anda mengumpul banyak ganjaran. Jom kita lihat acara-acara tersebut.
Start Dash Campaign

“Start Dash Campaign” kini sedang berlangsung dan akan tamat sehingga Julai 2023 dengan menampilkan sehingga 40 Supply Drops khas percuma dan hadiah barangan mewah.
40 Supply Drop dengan Peluang Memenangi Sehingga 8 Mobile Suit

Terdapat 10 pusingan Supply Drop percuma, di mana pemain dijamin mendapat 1 Mobile Suit ★★ atau Rarity yang lebih tinggi dan 1 Mobile Suit ★★★ atau Rarity yang lebih tinggi. Ini akan berlangsung selama empat minggu, di mana ia bermula dari sekarang sehingga 29 Jun 2023.
30 Token dan Barang Mewah Lain
Semasa kempen, pemain akan menerima 30 token, 100,000 DP, 200 Recycle Ticket, 100 [★] – [★★★] mechanic ticket setiap satu dan 100 [★] – [★★★] repair kit setiap satu apabila mereka log masuk untuk kali pertama. Ini akan tersedia dari sekarang hingga 13 Julai 2023.
Supply Drop hanya untuk Steam sahaja

Mulai sekarang hingga 8 Jun 2023, Supply Drop Khas dan Terhad akan diadakan dari hari pertama hingga keenam dalam minggu setiap minggu. Supply Drop pertama akan menampilkan “Unicorn Gundam,” “Banshee,” dan “Kshatriya” di mana ia akan menawarkan peluang lebih tinggi untuk mendapatkan salah satu Mobile Suit ini kepada pemain.
Misi Khas

Misi khas akan tersedia untuk semua pemain apabila mereka log masuk dari sekarang hingga 13 Julai 2023. Pemain boleh memenangi pelbagai ganjaran istimewa apabila mereka telah menyelesaikan misi, seperti Mobile Suit baharu, “Zaku II (Stutzer)”, 200,000 DP dan 50 [★] – [★★★] mechanic ticket.
Kempen Selamat Datang

Pemain baharu yang mencuba Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 akan menerima 5x Basic EXP dan CP, serta 10x DP dalam tempoh 14 hari pertama mereka log masuk. Pemain baharu digalakkan untuk menyusun beberapa banyak yang mereka boleh semasa kempen yang akan berlangsung dari sekarang hingga 13 Julai 2023.
Kadar Container Discovery Dinaikkan kepada 100%

Mulai sekarang hingga 13 Julai 2023, kadar Container Discovery akan meningkat kepada 100%. Selain itu, bilangan Copper Container yang diperlukan untuk ditemui sebelum Gold, Silver atau Platinum Container dijamin akan berubah daripada 10 kepada 3.
Selesaikan Misi untuk mendapatkan Ganjaran

Dalam Mobile Suit Gundam Battle Operation 2, pemain boleh menyelesaikan misi Battle Simulator untuk memenangi token unit, DP dan banyak lagi. Misi termasuk mencuba Mobile Suit baharu, “Atlas Gundam [TB]”, dalam misi percubaan – “The Silver Session” – atau mencabar kedua-dua “Shamblo” dan “Quin Mantha (Anerose)” dalam misi bos – “A Curse, Revenge and Beyond”.
Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 kini tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC melalui Steam secara percuma. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai acara yang diadakan di dalam Gundam Battle Operation 2, sila klik pautan ini.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post