Selepas melalui pelbagai Network Test, Bandai Namco Entertainment akhirnya akan melancarkan Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 di PC melalui Steam secara percuma pada 30 Mei 2023.
Kalau anda nak tahu, Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 adalah game team battle action percuma yang berdasarkan siri Universal Century (UC). Ia telah dikeluarkan di PlayStation 4 dan PlayStation 5 sejak tahun 2018. Berikut adalah ciri-ciri utama Gundam Battle Operation 2:

- Perlawanan 6v6 secara dalam talian
- Anda akan dapat menentang pemain lain dari seluruh dunia dalam pertempuran berpasukan secara online.
- Pertempuran Infantri
- Keluar dari Mobile Suit anda untuk menanam bom di pangkalan lawan atau panggil artileri sokongan untuk bergerak di medan perang! Pertempuran infantri kadangkala merupakan strategi kemenangan di medan perang!
- Peroleh & Ubah suai Mobile Suit
- Selepas pertempuran, gunakan “DP” yang anda dapat untuk membangunkan Mobile Suit, atau gunakan token untuk memperoleh Mobile Suit yang lebih berkuasa melalui “lottery rations”! Anda juga boleh ubah suai dan meningkatkan kebolehan Mobile Suit kegemaran anda!
- Kem Pangkalan
- Lobi dalam talian, tempat di mana anda boleh berhubung dengan pemain dari seluruh dunia! Sebagai pilot, anda boleh menguatkan Mobile Suit anda dan bersedia untuk ke pelbagai pertempuran di kem asas. Di samping itu, anda boleh berinteraksi secara bebas dengan pelbagai pemain sewaktu berperang.

Menurut halaman Steam mereka, anda perlu menggunakan sekurang-kurangnya Intel Core i5 gen 3 dan NVIDIA GeForce GTX 1050TI untuk bermain game ini pada tetapan grafik yang terendah. Berikut adalah spesifikasi penuh:
Required System Requirements (Low Setting)
- OS: Windows 10 64-Bit
- CPU: Intel Core i5-3470 | AMD Ryzen 3 1200
- RAM: 8GB
- GPU: NVIDIA GeForce GTX 1050Ti | Radeon R9 280X
Recommended System Requirements (High Setting)
- OS: Windows 10 64-Bit
- CPU: Intel Core i5-3470 | AMD Ryzen 3 1200
- RAM: 8GB
- GPU: NVIDIA GeForce GTX 780| Radeon RX 570

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Mobile Suit Gundam Battle Operation 2 (GBO 2) akan dilancarkan secara percuma di Steam pada 30 Mei 2023.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post