Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gundam Akan Hadir Dengan Beberapa Game E-sukan Baru, Sedang dalam Pembangunan!

Maira by Maira
September 15, 2023
in Artikel, Berita, Esports, Game
0 0
0
Gundam Akan Hadir Dengan Beberapa Game E-sukan Baru, Sedang dalam Pembangunan!

Sumber: Bandai Namco Entertainment

Share on FacebookShare on Twitter

Rasanya ramai peminat Gundam mengetahui tentang penutupan game Gundam Evolution, game free-to-play multiplayer FPS yang bakal ditutup pada November ini. Dengan penutupan tersebut, ramai yang berfikir bahawa IP Gundam mungkin menarik diri daripada e-sukan, tetapi sebaliknya yang berlaku.

Kredit: Bandai Namco Asia

Semasa GUNDAM Conference hari ini, Chief Gundam Officer, Koji Fujiwara telah menyatakan bahawa ada beberapa game e-sukan Gundam yang masih dalam pembangunan, sebagai sebahagian daripada sisi e-sukan untuk Gundam Metaverse Project.

“Ya, Gundam Evolution telah ditutup baru-baru ini, ianya sesuatu yang menyedihkan. Tetapi Gundam Evolution bukan satu-satunya tajuk yang disasarkan untuk Gundam Metaverse. Terdapat juga tajuk lain yang sedang dibangunkan dalam pasukan,” kata Fujiwara.

Kredit: Bandai Namco Asia

Dengar berita seperti itu, sudah tentu ramai yang teruja. Walaupun begitu, Fujiwara telah menegaskan bahawa tiada pengumuman baharu yang akan dibuat dalam masa terdekat kerana pasukan kini ingin fokus kepada Gundam Metaverse Project.

“Untuk masa depan Metaverse, akan ada beberapa perkembangan yang akan datang untuk game dan juga anime. Tetapi ini akan menjadi langkah beransur-ansur,” kata Fujiwara. “Tetapi untuk konsep yang telah disebutkan pada mulanya, tidak ada perbezaan dalam konsep yang telah kami nyatakan sebelum ini.”

©SOTSU・SUNRISE ©SOTSU・SUNRISE・MBS

Gundam Evolution masih lagi boleh dimainkan untuk mereka yang ingin merasai pengalaman FPS mecha ini. Ianya akan ditutup secara rasmi pada penghujung November ini. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Gundam daripada kami, boleh klik pautan ini.

Sumber: GamerBraves

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: e-sportsE-Sukangundam
ShareTweetSend
Previous Post

Aquaman and the Lost Kingdom Dedahkan Trailer Rasmi! Black Manta Kembali Dengan Trident Berkuasa!

Next Post

Cyberpunk 2077: Info terkini tentang Phantom Liberty & Update 2.0!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Cyberpunk 2077: Info terkini tentang Phantom Liberty & Update 2.0!

Cyberpunk 2077: Info terkini tentang Phantom Liberty & Update 2.0!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd