Untuk semua peminat Guilty Gear, saya ada berita buruk untuk anda semua hari ini. Arc System Works baru sahaja mengumumkan bahawa Guilty Gear Strive akan ditangguhkan sekali lagi pada 11 Jun 2021.
Sebagai peringatan, ia sepatutnya keluar pada penghujung 2020 tetapi ditunda pada awal 2021. Cuma kali ini peminat tidak perlu tunggu terlalu lama kerana tempoh delay ini lebih pendek daripada yang sebelum.
Arc System Works menjelaskan bahawa maklum balas dari ujian beta Februari 2021 adalah satu satu sebab mengapa game ini ditunda. Sebagai contoh, kestabilan server merupakan antara matlamat untuk versi penuh tetapi semasa beta, masalah server membuat orang ramai tidak dapat bermain. Ini menyebabkan Arc System Works untuk memanjangkan tempoh ujian beta.
Berikut adalah pernyataan penuh dari Arc System Works tentang penangguhan Guilty Gear Strive:
「Important announcement regarding #GuiltyGearStrive」 pic.twitter.com/siP46ketuE
— Arc System Works America (@ArcSystemWorksU) March 4, 2021
Maklumat terkini tentang Guilty Gear Strive muncul selepas acara Japan Fighting Game Publishers Roundtable pada bulan Februari 2021 di mana mereka mendedahkan I-No sebagai watak yang boleh dimainkan.
Kemungkinan besar, Info lanjut tentang perkembangan semasa akan dikongsikan semasa acara New Game+ Expo yang (mungkin) menunjukkan rakaman baru dari watak atau maklumat yang berkaitan.
Tune in tomorrow at 8AM PST for the @NewGamePlusExpo to watch a new #GuiltyGearStrive I-No + Anji gameplay trailer!
At 1:30 PM PST we'll be featuring an Anji/I-no move breakdown followed by a QA session w/ Akira Katano, with fan submitted questions.https://t.co/XNpjZhrY5h pic.twitter.com/JPQYN9Yb6q
— Arc System Works America (@ArcSystemWorksU) March 4, 2021
Oleh kerana Guilty Gear Strive ditangguhkan, game ini akan keluar di PlayStation 4, PlayStation 5, dan PC pada 11 Jun 2021.

@gamersantaimy
Discussion about this post