Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Guilty Gear -Strive- buka Network Beta Test, uji ciri Cross-Platform termasuk Xbox One & Xbox Series!

Alan Fikri by Alan Fikri
January 27, 2023
in Artikel, Berita, Beta, Fighting, Game, PC, PS4, PS5
0 0
0
Guilty Gear -Strive- buka Network Beta Test, uji ciri Cross-Platform termasuk Xbox One & Xbox Series!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco Entertainment Asia dengan rasa besar hati mengumumkan Cross-Platform Network Beta Test untuk game fighting 2.5D terkenal Guilty Gear -Strive-, untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Ujian beta akan tersedia untuk dimuat turun pada 2 Februari 2023 pada jam 3 petang dan juga boleh dimuat turun oleh pemain yang belum membeli game utama.

Dari 3 Februari 2023 hingga 6 Februari 2023, Guilty Gear -Strive- akan tersedia untuk dimainkan secara percuma semasa Cross-Platform Network Test untuk online multiplayer tanpa sekatan platform. Versi ujian percuma ini akan menampilkan bukan sahaja perlawanan online, tetapi juga pelbagai mode seperti tutorial komprehensif untuk pemain baru dan mode training untuk berlatih di bawah pelbagai tetapan, serta semua watak DLC tambahan sehingga Sin Kiske.

Beta terbuka ini juga akan tersedia untuk Xbox One dan Xbox Series X|S, jadi anda boleh menyertai ujian ini daripada platform baru tersebut yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada Q2 2023.

  • Jadual:
    • 3 Februari 2023, 9 pagi – 6 Februari 2023, 3 petang
    • *Versi percuma akan tersedia untuk dimuat turun lebih awal, bermula dari 2 Februari 2023, 3 petang
  • Watak yang boleh dimainkan
    • Semua 22 watak (termasuk semua watak DLC yang dikeluarkan pada masa ini)
  • Mode yang tersedia
    • Mode Tutorial: Belajar asas-asas cara bermain.
    • Mode Mission: Belajar teknik berguna untuk perlawanan dalam format misi.
    • Mode Survival: Lawan perlawanan secara berturut-turut menentang COM dengan jumlah nyawa yang terhad.
    • Mode Training: Cipta semula pelbagai situasi dan praktis sepuas hati anda.
    • VS COM, VS 2P: Lawan komputer atau rakan.
    • Online Match (Rank Tower, Open Park, Player Match): Main online menentang orang lain dari seluruh dunia.
    • Combo Maker: Buat kombo atau setplay original sendiri, dan cari resipi pemain lain untuk dicuba.
    • Digital Figure: Sediakan watak, perabot, kesan dan banyak lagi untuk mencipta pemandangan unik sendiri.
    • Gallery: Lihat watak dan BGM.

Untuk pengetahuan korang, Guilty Gear Stive adalah game fighting dalam siri Guilty Gear yang diumumkan pada Evo 2019. Ia akan menjadi judul utama yang ke-7 dan secara keseluruhannya adalah yang ke-24 dalam francais. Game ini telah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan Steam pada 11 Jun 2021 manakala untuk Xbox One dan Xbox Series X|S pula pada Q2 2023.

Untuk mendapatkan segala liputan menarik mengenai Guilty Gear Strive, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Cross-PlatformGuilty Gear -Strive-Network Beta Test
Previous Post

Marvel’s Midnight Suns – DLC Deadpool kini tersedia di PS5, Xbox Series & PC!

Next Post

[UPDATE] Tiket ‘Ant-Man and The Wasp: Quantumania’ akan mula dijual pada 8 Feb 2023!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[UPDATE] Tiket ‘Ant-Man and The Wasp: Quantumania’ akan mula dijual pada 8 Feb 2023!

[UPDATE] Tiket 'Ant-Man and The Wasp: Quantumania' akan mula dijual pada 8 Feb 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd