Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Guillermo Del Toro menidakkan khabar angin mengenai game terbaru Silent Hill!

Maira by Maira
December 24, 2021
in Artikel, Genre
0 0
0
Guillermo Del Toro menidakkan khabar angin mengenai game terbaru Silent Hill!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas Guillermo Del Toro mengacah mengenai Silent Hill semasa The Game Awards yang berlangsung pada awal bulan yang lalu, sudah tentu ramai peminat game seram itu teruja. Dengan khabar angin mengenai game ini akan kembali, memang peminat berharap sesuatu yang baru daripada francais tersebut. Malang sekali, Guillermo Del Toro sebenarnya tidak mengerjakan apa-apa yang berkaitan dengan Silent Hill atau game lain.

Melalui podcast Happy Sad Confused di Spotify, Del Toro berkata mengenai kekecewaannya kerana hasil kolaborasinya dengan Hideo Kojima , Silent Hills telah dibatalkan secara tidak sengaja oleh Konami. Del Toro sebenarnya ingin mengusik penerbit tersebut mengenainya dan berkata:

“Saya hanya ingin mengusik Konami kerana saya tidak faham. Ianya sangat sempurna, apa yang kami lakukan sangat menarik.”

Del Toro bukan sahaja menafikan bahawa dia tidak menghasilkan permainan Silent Hill baru, dia juga telah mengesahkan bahawa dia tidak mengerjakan mana-mana permainan kerana dia menggelarkan dirinya sebagai “albatross” permainan kerana semua permainan yang dia cuba bangunkan dibatalkan. Salah satunya ialah Insanity yang dibangunkan dengan kerjasama pembangun Saints Row Volition sehingga ia dibatalkan pada tahun 2012.

Tetapi itu tidak memutuskan semangatnya. Del Toro masih berjaya membuat kejayaannya tersendiri dalam industri walaupun kecil, terima kasih kepada persahabatannya dengan Kojima yang membawanya dalam Death Stranding. Permainan itu juga telah mendapat pelepasan Director’s Cut untuk PS5 pada September lalu. Walaupun penciptanya tidak memahami sepenuhnya mengenai Death Stranding tetapi ia masih lagi sebuah permaianan video. Bukan setakat itu sahaja, ia juga akan mendapat sekuel tidak lama lagi.

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Jadi, peminat Silent Hill sekalian, memang tidak ada harapan untuk kita mendapat permainan Silent Hill yang baru. Khabar angin yang kita dengar dulu memang khbar angin semata-mata. Paling dekat yang kita boleh dapat untuk Silent Hill hanyalah Slitterhead, yang merupakan permainan terbaru dari pembangun Silent Hill, Keiichiro Toyama. Kita nantikan sahaja bila permaianan itu akan dilancarkan.

Untuk segala liputan lain mengenai permainan, sila klik pautan ini.

Sumber: vg247

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Guillermo Del Torosilent hill
Previous Post

Kerana boleh bermain game sambil memandu, kereta Tesla kini di bawah siasatan kerajaan AS

Next Post

Vampyr – Game percuma untuk dituntut di Epic Games Store! Hari ini sahaja tau!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Vampyr – Game percuma untuk dituntut di Epic Games Store! Hari ini sahaja tau!

Vampyr - Game percuma untuk dituntut di Epic Games Store! Hari ini sahaja tau!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd