Selepas lebih kurang tiga bulan filem ini ditayangkan di pawagam Malaysia, Guardians of the Galaxy Vol 3 bakal memasuki Disney+ bermula 2 Ogos 2023.
“Kumpulan yang tidak serasi itu mula beraksi di Knowhere, tetapi tidak lama kemudian kehidupan mereka terumbang-ambing oleh masa lalu Rocket yang bergolak. Peter Quill, yang masih terkial-kial kerana kehilangan Gamora, mesti menyatukan pasukannya mengelilinginya dalam misi berbahaya untuk menyelamatkan nyawa Rocket – jika tidak berjaya diselesaikan, mungkin membawa kepada penamat Guardians.”

Filem ini dibintangi oleh Chris Pratt sebagai Peter Quill/Star-Lord, Zoe Saldana sebagai Gamora, Will Poulter sebagai Adam Warlock, Chukwudi Iwuji sebagai High Evolutionary, Karen Gillan sebagai Nebula, Bradley Cooper sebagai Rocket, Dave Bautista sebagai Drax the Destroyer, Vin Diesel sebagai Groot, Pom Klementieff sebagai Mantis, Elizabeth Debicki sebagai Ayesha, Sean Gunn sebagai Kraglin Obfonteri, Sylvester Stallone sebagai Stakar Ogord dan Maria Bakalova sebagai Cosmo the Spacedog.
Walau bagaimanapun, kami tidak pasti sama ada filem Guardians of the Galaxy Vol 3 ini tersedia atau pun tidak di Disney+ Hotstar Malaysia. Apapun, kami akan mengemas kini maklumat tersebut selepas Disney+ Hotstar Malaysia umumkan nanti.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post