Filem Guardian of the Galaxy Vol 3 bakal ditayangkan pada 4 Mei 2023 di Malaysia dan ia merupakan filem terakhir James Gunn bersama MCU. Filem ini juga adalah yang terakhir bagi Star Lord, Groot, Rocket dan yang lain.
Memandangkan ianya adalah filem terakhir bagi mereka, ramai peminat yang mempunyai soalan di mana adakah Guardian of the Galaxy Vol. 3 akan mempunyai cerita yang berkaitan dengan Kang?
View this post on Instagram
Oleh itu, James Gunn pun berkongsi di mana dia mengatakan yang filem ini adalah standalone dan langsung tiada kaitan dengan Kang. Perkara ini telah dikongsikan di Instagram-nya di mana terdapat seorang peminat meninggalkan komen dengan mengatakan yang dia agak kecewa jika Guardian of the Galaxy Vol.3 adalah setup kepada Kang.
“Tolong beritahu saya filem ini tertumpu pada GOTG dan tidak menyediakan lebih banyak bahan untuk Kang. Saya suka Kang dan multiverse, tetapi francais GOTG adalah kegemaran saya dalam MCU. Vol.2 masih membuat saya ‘goosebump’ dalam pertempuran terakhir dan terdapat begitu banyak emosi.”
Lalu, James Gunn pun menjawab komen tersebut dengan bersahaja. x
“Vol 3 adalah tentang menamatkan kisah Guardian ini, bukan tentang menubuhkan apa-apa lagi. Saya tidak tahu apa yang berlaku dengan filem Marvel yang lain.”

Nampaknya James Gunn telah mengesahkan yang filem Guardian of the Galaxy Vol.3 tidak mempunyai sebarang kaitan denngan filem MCU yang lain di mana mereka masing-masing sibuk ingin memperkenalkan versi Kang yang lain. Berikut adalah sinopsis
Kumpulan yang tidak serasi itu mula beraksi di Knowhere, tetapi tidak lama kemudian kehidupan mereka terumbang-ambing oleh masa lalu Rocket yang bergolak. Peter Quill, yang masih terkial-kial kerana kehilangan Gamora, mesti menyatukan pasukannya mengelilinginya dalam misi berbahaya untuk menyelamatkan nyawa Rocket – jika tidak berjaya diselesaikan, mungkin membawa kepada penamat Guardians.

Filem ini akan dibintangi oleh Chris Pratt sebagai Peter Quill/Star-Lord, Zoe Saldana sebagai Gamora, Will Poulter sebagai Adam Warlock, Chukwudi Iwuji sebagai High Evolutionary, Karen Gillan sebagai Nebula, Bradley Cooper sebagai Rocket, Dave Bautista sebagai Drax the Destroyer, Vin Diesel sebagai Groot , Pom Klementieff sebagai Mantis, Elizabeth Debicki sebagai Ayesha, Sean Gunn sebagai Kraglin Obfonteri, Sylvester Stallone sebagai Stakar Ogord dan Maria Bakalova sebagai Cosmo the Spacedog.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Guardian of the Galaxy Vol 3 akan ditayangkan di Malaysia pada 4 Mei 2023!
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post