Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

GTA: The Trilogy – The Definitive Edition akan keluar di PlayStation, Xbox, Switch, PC & Mobile!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 9, 2021
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Open World, PC, PS4, PS5, Rockstar, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
GTA: The Trilogy – The Definitive Edition akan keluar di PlayStation, Xbox, Switch, PC & Mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Rockstar Games, hari ini mengumumkan bahawa Grand Theft Auto III, Grand Theft Auto: Vice City, dan Grand Theft Auto: San Andreas akan hadir ke platform generasi sekarang pada hujung tahun ini sebagai Grand Theft Auto (GTA) : The Trilogy – The Definitive Edition untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch, dan Rockstar Games Launcher di PC. Selain itu, GTA: The Trilogy – The Definitive Edition akan hadir ke peranti iOS dan Android pada separuh awal tahun 2022.

GTA: The Trilogy – The Definitive Edition akan menampilkan upgrade menyeluruh termasuk penambahbaikan grafik dan peningkatan gameplay moden untuk ketiga-tiga judul, sambil mengekalkan reka bentuk dan nuansa klasik dari versi original. Buat masa ini, itu sahaja maklumat yang diberikan tetapi Rockstar Games janji akan berkongsi lebih banyak lagi dalam beberapa minggu akan datang. Untuk bersiap sedia bagi hari pelancaran, mereka juga akan mula membuang versi klasik untuk setiap permainan dalam trilogi dari kedai digital bermula minggu depan. Anda boleh kunjungi Rockstar Games Support untuk info penuh.

Pada masa yang sama, GTA Online akan menerima beberapa update baru. Jika ada yang bermain GTA Online baru-baru ini, mungkin ada yang perasan bahawa Adversary Mode dan Player Job telah ditukar dalam dan di luar permainan. Dengan menukar ciri-ciri tersebut dari masa ke masa, ini membenarkan lebih banyak ruang untuk misi dan mod baru di masa depan.

Buat masa ini, kita hanya boleh menunggu kedatangan Grand Theft Auto V (GTAV) dan Grand Theft Auto Online di PlayStation 5 dan Xbox Series X|S pada Mac 2022 untuk menghidupkan dunia Los Santos dan Blaine County dalam cara yang baru. Pemain boleh mengharapkan pelbagai peningkatan teknikal dan grafik di seluruh pengalaman termasuk peningkatan prestasi untuk aksi terpilih di GTA Online, dan banyak lagi.

Untuk segala liputan kami tentang GTA, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Grand Theft Auto IIIGrand Theft Auto: San AndreasGrand Theft Auto: Vice Cityrockstar games
Previous Post

Ini antara sebab kenapa PUBG Mobile masih menjadi game Battle Royale kegemaran Malaysia!

Next Post

Pra-Daftar PUBG: New State dan skin kereta mewah ala Lamborghini menanti!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Next Post
Pra-Daftar PUBG: New State dan skin kereta mewah ala Lamborghini menanti!

Pra-Daftar PUBG: New State dan skin kereta mewah ala Lamborghini menanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd