Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

GTA: The Trilogy – The Definitive Edition akan keluar 11 Nov, beserta spec PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 25, 2021
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Nintendo Switch, Open World, PC, PS4, PS5, Rockstar, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
GTA: The Trilogy – The Definitive Edition akan keluar 11 Nov, beserta spec PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Grand Theft Auto (GTA): The Trilogy – The Definitive Edition ditetapkan untuk keluar pada 11 November untuk semua konsol permainan video moden dan PC, manakala versi mobile dijangka akan menyusul pada 2022. Pada PC, bagaimanapun, ia adalah eksklusif untuk Rockstar Games Launcher , dan bersama pengumuman ini, mereka telah mendedahkan spesifikasi minimum untuk PC yang menunjukkan majoriti pengguna boleh install dan bermain game ini tanpa sebarang masalah.

Keseluruhan trilogi yang merangkumi Grand Theft Auto III, Grand Theft Auto: Vice City, dan Grand Theft Auto: San Andreas akan mengambil ruang total sebanyak 45GB. Itu sebenarnya adalah saiz yang agak kecil memandangkan game sekarang boleh mengambil lebih dari 100GB seperti Call of Duty, Hitman 2 dan sebagainya. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition versi PC di Rockstar Games Launcher:

Keperluan Minimum di PC

  • OS: Windows 10 64-bit
  • Processor: Intel Core i5-6600K/AMD FX-6300
  • Memory: 8GB
  • Graphics: Nvidia GeForce GTX 760 2GB/AMD Radeon R9 280 3GB
  • Disk: 45GB

Keperluan yang disyorkan di PC

  • OS: Windows 10 64-bit
  • Processor: Intel Core i7-2700K/AMD Ryzen 5 2600
  • Memory: 16GB
  • Graphics: Nvidia GeForce GTX 970 4GB/AMD Radeon RX 570 4GB
  • Disk: 45GB 

Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition will be available digitally on November 11 through the PlayStation Store, the Microsoft Store on Xbox, Nintendo eShop, and the Rockstar Games Launcher, with select physical releases on December 7. https://t.co/9cNNSbAnEO pic.twitter.com/676wK5b3vi

— Rockstar Games (@RockstarGames) October 22, 2021

Seperti yang saya sebutkan di atas, GTA: The Trilogy – The Definitive Edition akan dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X, Xbox Series S, Xbox One, Nintendo Switch, dan PC melalui Rockstar Games Launcher pada 11 November dengan harga RM249.00 Ia juga akan dilancarkan pada iOS dan Android pada separuh pertama tahun 2022. Anda boleh melihat segala liputan kami tentang francais Grand Theft Auto di SINI.

Pada masa yang sama, ketiga-tiga game GTA yang termasuk dalam trilogi original iaitu GTA 3, Vice City dan San Andreas kini telah dibuang dari kedai digital konsol/PC untuk mempersiapkan kedatangan versi Remaster.

Di halaman sokongan web rasmi, Rockstar Games kata:

Dengan pengumuman pada 8 Oktober 2021 tentang Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch, dan Rockstar Games Launcher, versi dan bundle lama yang menampilkan judul-judul ini akan dikeluarkan dari pengedar digital konsol dan PC bermula minggu 11 Oktober 2021.

Pemain yang membeli judul tersebut sebelum ini masih boleh memuat turun dan memainkannya di platform pembelian masing-masing.

(Harga di atas untuk versi PC dan berbeza untuk platform masing-masing)

Sumber – PC Gamer

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: grand theft autoGTA: The Trilogy - The Definitive EditionPCRockstar Games Launcherspesifikasi
Previous Post

Arknights akan mendapat adaptasi anime oleh Yostar Pictures!

Next Post

Ini sebab kenapa anda perlu gunakan pelindung skrin pada Switch OLED!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Ini sebab kenapa anda perlu gunakan pelindung skrin pada Switch OLED!

Ini sebab kenapa anda perlu gunakan pelindung skrin pada Switch OLED!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd