Anda pernah main game DreadOut? Game seram daripada negara jiran itu? Kalau anda ingin tahu, pembangun game DreadOut, Digital Happiness akan lancarkan game baru bertajuk Graveless. Berbeza dengan DreadOut, game kali ini memaparkan perspektif third-person, di mana pemain akan menjadi “Harbinger of Death” dan akan menyucikan Undead yang berkeliaran di dunia tersebut. Graveless akan tersedia di PS5, Xbox Series dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.
Tentang Graveless
Graveless merupakan game ARPG dungeon crawler dan hack-and-slash yang berlaku dalam sebuah alam yang huru-hara apabila keabadian bukan lagi sebuah mitos dan fiksyen.
Disebabkan itulah “Kematian” perlukan ejen.

Berikut adalah ciri-ciri penting yang tersedia dalam game:
- Pesta Kematian
- Dicemari oleh keabadian, pengembaraan anda akan dipenuhi dengan ancaman yang luar biasa daripada “Immortal”. Sucikan Undead, dan menjadikan penanda kematian mereka.
- Alami Dunia Berbeza
- Selidik alam keabadian luas yang penuh dengan misteri. Di mana kisah berbilang lapisan diceritakan melalui serpihan, menemui perkara yang tidak diketahui yang bersilang dengan pengembaraan anda dalam merungkai enigma-nya.
- Bangunkan Kuasa Batin Anda
- Tentukan gaya unik anda tersendiri. Manfaatkan, perbaiki, kuasai dan kembangkan kemahiran dengan sentiasa menyesuaikan gaya permainan anda agar sesuai dengan kebolehan unik sendiri.

Buat masa ini tiada lagi tarikh tetap untuk pelancaran Graveless. Tetapi kalau anda berminat, boleh sahaja wishlist game ini sekarang. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post