Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Granblue Fantasy Versus: Rising Akan Hadir ke PlayStation dan PC Pada 2023! Ada Pelbagai Penambahan Baharu!

Maira by Maira
January 25, 2023
in Artikel, Berita, Fighting, Game, PC, PS4, PS5, Steam
0 0
0
Granblue Fantasy Versus: Rising Akan Hadir ke PlayStation dan PC Pada 2023! Ada Pelbagai Penambahan Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Cygames telah mengumumkan bahawa siri Granblue Fantasy Versus (GBVS) akan mendapat entri terbaru. Game tersebut bertajuk Granblue Fantasy Versus: Rising akan dibangunkan oleh Arc System Works, Inc. Ltd. dan dijadualkan untuk pelepasan global pada 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC melalui Steam.

Game baharu ini akan mengekalkan persembahan berkualiti tinggi daripada francais Granblue Fantasy dan sistem game yang mudah dimainkan untuk pemain baharu dan veteran. Sebagai tambahan, game ini juga akan memaparkan lebih banyak elemen baharu seperti watak baharu, mekanik baharu dan mod.

Bukan setakat itu sahaja, GBVS: Rising akan mempunyai Rollback Netcode yang memberikan prestasi yang lebih lancar serta lebih responsif semasa bermain dalam talian. Terdapat juga ciri crossplay antara konsol PlayStation dan Steam yang membolehkan pemain terlibat dalam pertempuran dan berinteraksi merentas platform dengan lebih ramai pemain dan permainan yang dinamik.

Trailer untuk gameplay juga telah didedahkan oleh CyGames. Anda boleh menonton trailer tersebut di bawah.

Ciri-ciri penting Granblue Fantasy Versus: Rising

  • Senarai Watak yang Besar: Pemain akan melihat banyak watak – baharu dan lama – menyertai pertempuran. Sebagai tambahan kepada 24 watak daripada watak GBVS semasa, beberapa watak baharu akan menyertai Granblue Fantasy Versus: Rising pada pelancaran.
  • Mekanik Game Baharu: Ultimate Skills: Pemain akan dapat melakukan Ultimate Skills, versi Plus Skills yang lebih berkuasa daripada GBVS, memperlahankan pergerakan lawan sementara—membolehkan cara baharu untuk menambahkan kombo dan serangan lain.
  • Mod Cerita Baharu: Versi ringkas semua 50 bab yang dipaparkan dalam Mod RPG daripada GBVS pertama akan disediakan dalam Mod Cerita serba baharu. Dengan menghapuskan koleksi item, elemen pertumbuhan dan beberapa quest pertempuran, cerita ini boleh dinikmati dengan lebih mudah sebagai persediaan untuk saga original baharu yang menampilkan watak baharu dalam Granblue Fantasy Versus: Rising.
Perbezaan antara GBVS dan GBVS: Rising
  • Penambahbaikan Grafik: Shader in-game dan kesan pasca pemprosesan telah dipertingkatkan untuk meniru lagi gaya seni ikonik Granblue Fantasy semasa bermain. Penambahbaikan visual ini akan memberikan rupa serta pengalaman bermain yang baharu.
  • Peluasan Lobi Dalam Talian: Ciri yang dinikmati dalam game sebelumnya kini telah dipertingkatkan dengan sangat baik dan masih membenarkan pemain mengawal avatar lobi mereka, berkomunikasi dengan pemain lain dan request match. Sebelum ini, pemain boleh bergerak bebas di dek Grandcypher, tetapi kini pentas diperluaskan untuk merangkumi seluruh pulau.
  • Mode Grand Bruise Legends!: Pemain akan dapat bermain dengan berpuluh-puluh pemain lain dalam “Grand Bruise Legends!”, mode battle royale dalam talian khas yang menampilkan pelbagai mini game.
  • Mini-game yang mengandungi pelbagai peraturan, di mana pemain boleh sama ada bersatu dan melawan musuh atau mensabotaj pemain lain secara free-for-alls dalam beberapa game battle royale. Mod ini boleh berfungsi sebagai tempat rehat antara perlawanan satu lawan satu yang sengit, atau sebagai mode utama untuk pemain yang merasakan mereka belum bersedia untuk bermain game pertempuran dalam talian.
    • Rising Royale: Ia adalah perlumbaan ke penamat dalam laluan berhalangan. Gunakan item untuk menghalang lawan anda dan nikmati huru-hara yang berlaku dalam mode ini!
    • Gold Brick Hoarder: Pemain dibahagikan kepada pasukan dalam mode ini untuk memasukkan sebanyak mungkin Gold Brick ke dalam simpanan pasukan mereka dalam had masa. Seperti Rising Royale, pemain juga boleh memilih untuk mengganggu kemajuan pasukan musuh.

Nampak menarik, betul tidak? Kalau anda ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai GBVS: Rising, boleh lawati laman web rasmi game!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Arc System WorkscygamesGBVS: RisingGranblue Fantasy Versus: Rising
Previous Post

Review One Piece Odyssey – Tak perlu tengok One Piece untuk “enjoy” Odyssey!

Next Post

WWE 2K23 akan tersedia untuk konsol & PC pada 17 Mac, sambut ulang tahun ke-20 John Cena!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
WWE 2K23 akan tersedia untuk konsol & PC pada 17 Mac, sambut ulang tahun ke-20 John Cena!

WWE 2K23 akan tersedia untuk konsol & PC pada 17 Mac, sambut ulang tahun ke-20 John Cena!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd