Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Granblue Fantasy: Relink akan lancar pada 1 Februari 2024! Pre-order mula hari ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 23, 2023
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Steam
0 0
0
Granblue Fantasy: Relink akan lancar pada 1 Februari 2024! Pre-order mula hari ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan semasa acara Gamescom Opening Night Live 2023 hari ini, Cygames akhirnya mendedahkan tarikh keluaran rasmi untuk Granblue Fantasy Relink. Kini, Granblue Fantasy Relink akan keluar untuk PlayStation 4, PlayStation 5, dan PC melalui Steam pada 1 Februari 2024.

Sempena itu, anda boleh tonton trailer rasmi di bawah:

Granblue Fantasy: Relink releases Feb 1, 2024 worldwide! Preorders open up 9:00 a.m., Aug 23 (JST), so stay tuned for more information!

In the mean time, check out the latest trailer showcased at gamescom: Opening Night Live!#Relink pic.twitter.com/w7maTZFYf6

— GRANBLUE FANTASY: Relink (@gbf_relink_jp) August 22, 2023

Sinopsis:

Kredit: Cygames

Granblue Fantasy: Relink berlangsung di Sky Realm, tempat di mana sejumlah pulau terapung di hamparan flora yang indah. Protagonis, ditemani oleh seekor naga kecil bernama Vyrn dan seorang gadis muda dengan kuasa misteri bernama Lyria. Bersama, mereka belayar ke Estalucia, sebuah pulau dongeng di hujung langit. Sepanjang perjalanan, mereka bertemu dengan pelbagai watak unik, lalu menjadikan mereka kawan di dalam krew.

Kisah Relink mengisarkan Zegagrande Skydom. Di sudut dunia, pulau-pulau dikawal oleh makhluk kuat yang dikenali sebagai “primal beast” dan berita tentang organisasi rahsia bernama Church of Avia mula tersebar. Tidak lama selepas itu, protagonis harus menyertai peperangan yang menentukan nasib Sky Realm itu sendiri.

Gameplay:

Kredit: Cygames

Daripada segi gameplay, Granblue Fantasy: Relink ialah aksi RPG di mana pertempuran dilakukan dalam mode co-op. Sehingga empat pemain lain boleh terlibat dalam quest anda dan bertarung bersama. Dalam Relink, setiap formasi musuh dan parti mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri—kunci kemenangan terletak pada cara anda menyusun strategi.

Walaupun game itu khas untuk bermain co-op, itu tidak bermakna anda akan berlawan bersendirian jika tiada rakan bersama. Dalam mode single-player, CPU akan mengawal tiga ahli parti lain, yang turut dapat memberikan sokongan penting.

Sorotan Granblue Fantasy terletak pada wataknya. Pada masa ini, Cygames telah mengumumkan 16 pahlawan dalam Relink, masing-masing dengan gaya permainan dan kawalan intuitif sendiri. Berikut adalah watak baharu yang diperkenalkan dalam trailer:

Kredit: Cygames
Kredit: Cygames

Selain itu, pre-order untuk game ini bermula hari ini (23 Ogos 2023 jam 8 pagi) dan tersedia dalam Standard Edition Standard, Deluxe Edition, dan Collector’s Edition. Bagi mereka yang berminat, Granblue Fantasy: Relink akan dilancarkan di PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC melalui Steam pada 1 Februari 2024.

Baca segala berita kami tentang Gamescom di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Granblue Fantasy: RelinkPre-Order
ShareTweetSend
Previous Post

Alan Wake 2 Dedahkan The Dark Place Dalam Trailer Baharu! [Gamescom 23]

Next Post

Filem Rebel Moon Part 1 Akan Tayang Pada Disember 2023, Part 2 Pada April 2024 di Netflix!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
Filem Rebel Moon Part 1 Akan Tayang Pada Disember 2023, Part 2 Pada April 2024 di Netflix!

Filem Rebel Moon Part 1 Akan Tayang Pada Disember 2023, Part 2 Pada April 2024 di Netflix!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd