Sebagai sebahagian daripada acara pelancaran Asia Tenggara untuk Gran Turismo 7, PlayStation telah melancarkan video Gran Turismo Café yang menampilkan personaliti automotif dan sukan permotoran di Asia Tenggara termasuk pemandu kereta lumba, Jazeman Jaafar dan pengumpul kereta JP Chin dari Malaysia. Mereka ditemani oleh Bobby Tonelli (Singapura), Claire Jedrek (Singapura), Marlon Stockinger (Filipina) dan Pete Thongchua (Thailand), yang berkongsi minat masing-masing terhadap budaya kereta, lumba kereta dan sukan permotoran.


Daripada video di atas, korang boleh menjawab 3 soalan mudah untuk peluang memenangi hadiah eksklusif GT7! Pemenang akan mendapat satu set yang terdiri daripada coaster GT7, lanyard dan pen! Sebanyak 50 set tersedia untuk direbut jadi komen jawapan anda di video Youtube ini untuk menyertai.
Peraduan akan berakhir pada 6 Mac 2022 dan hanya terbuka kepada penduduk Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia dan Vietnam. Supaya semua peluang, beberapa jawapan juga boleh didapati dalam video.
Video GT Café Asia Tenggara telah dirakam di lokasi di Car Vending Machine, bangunan Ten Square, Singapore di mana PlayStation memilih 15 kereta eksotik dan klasik sebenar yang boleh dipandu oleh pemain dalam siri Gran Turismo, bersama dengan ciri pencahayaan dan paparan LED digital yang menampilkan warna dan visual Gran Turismo 7. Anda boleh menonton setup GT Café di bawah:
Bagi acara pelancaran global untuk Gran Turismo 7, PlayStation juga bekerjasama dengan pelakon/penyanyi superstar dari Hong Kong: Aaron Kwok di mana dia berkongsi minatnya tentang perlumbaan kereta dan bagaimana siri Gran Turismo membantunya meningkatkan prestasinya dan kemahiran berlumba.
Selain Jazeman Jaafar dan JP Chin, korang boleh jumpa pelbagai lagi budaya Malaysia dalam Gran Turismo 7 termasuk ambil gambar di depan KLCC dan Dataran Merdeka! Untuk segala liputan kami tentang Gran Turismo 7, termasuk review saya, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post