Untuk mempromosikan filem anime akan datang Dragon Ball Super: Super Hero, Toei Animation telah mendedahkan poster baru yang menunjukkan semua watak sekaligus buat pertama kali termasuk Goten dan Trunks, yang akhirnya masuk ke remaja serta Android 18 dengan penampilan baru.

Poster ini didedahkan semasa acara siarang langsung Dragon Ball Games Battle Hour 2022, dan menunjukkan Goten dan Trunks versi remaja dalam posing ikonik “Fusion”. Goten kini mempunyai gaya rambut yang sama ala-ala Gohan semasa Cell Saga dan juga memakai pakaian yang hampir sama seperti apa yang kita lihat sepanjang anime Dragon Ball Super.
Trunks pula memakai bomber jacket dan berambut biru. Ini mengesahkan bahawa filem akan mengikut Dragon Ball Super versi manga di mana Trunks adalah berambut biru dan bukannya ungu. Akhir sekali, kita ada Android 18 yang sedang menyeimbangkan badan atas tangan suaminya, Krilin, dengan pakaian sukan berwarna ungu kelabu siap kasut sukan.

Mengapa ramai teruja dapat melihat Goten dan Trunks versi remaja? Selain Dragon Ball GT (yang tidak canon), tahap pembesaran mereka merupakan salah satu isu paling lama di kalangan peminat. Sebagai contoh, Goten dan Trunks kekal pada usia dan saiz yang sama walaupun peristiwa Battle of Gods, Resurrection F dan Dragon Ball Super berlangsung secara canon selang beberapa tahun selepas Dragon Ball Z. Yang peliknya, kita boleh melihat watak lain semakin menua manakala Goten dan Trunks masih kekal dalam saiz/umur yang sama.
Pan, iaitu anak Gohan, masih dalam kandungan ibunya Videl semasa peristiwa Battle of Gods tetapi untuk filem Super Hero, dia kini berada di lingkungan usia kanak-kanak tadika, jadi memang tidak masuk akal lah kalau Trunks dan Goten tidak besar-besar lagi.

Kita akhirnya tahu bahawa Goten, Trunks dan Android 18 akan muncul dalam Dragon Ball Super: Super Hero, tetapi tiada maklumat didedahkan jika mereka akan memainkan peranan penting atau jika kita boleh melihat Gotenks memandangkan mereka buat posing ikonik Fusion dalam poster. Buat masa ini, saya hanya tahu bahawa filem akan tertumpu pada Gohan dan Piccolo.
Dragon Ball Super: Super Hero akan ditayangkan di pawagam Jepun pada 22 April.
Sumber – YouTube
@gamersantaimy
Discussion about this post