Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Google Stadia Akhirnya Terkubur, Akan Hentikan Servis Pada Januari 2023!

Maira by Maira
September 30, 2022
in Artikel, Berita, Game, Teknologi
0 0
0
Google Stadia Akhirnya Terkubur, Akan Hentikan Servis Pada Januari 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru tiga tahun dilancarkan, Google Stadia akhirnya akan menamatkan servis gaming mereka. Nampaknya tidak ramai pengguna yang menggunakan servis penstriman Stadia. Oleh itu, Google membuat keputusan untuk hentikannya pada Januari tahun depan.

Kepada semua pemain Stadia, Google akan memulangkan kembali wang mereka termasuklah pembelian hardware, game, dan kandungan tambahan yang dibeli melalui Google Store dan Stadia Store. Pemain juga akan dapat memainkan game yang dimilik dalam library masing-masing sehingga 18 Januari 2023. Pada waktu yang sama, proses pemulangan wang ini akan selesai secara majoriti.

Google Stadia

Teknologinya masih lagi akan digunakan oleh Google melalui Youtube, Google Play dan projek AR. Malah syarikat itu juga mempunyai rancangan untuk menyediakan teknologi Stadia untuk syarikat game lain.

Semasa ia mula-mula dilancarkan, Stadia mempunyai barisan game yang mantap seperti Destiny 2, Mortal Kombat 11 dan lain-lain. Ia juga menyediakan game eksklusif tersendiri iaitu GYLT, sebuah game survival horror. Nampaknya game ini juga akan terkubur sekali dengan Stadia kalau ia tidak dilancarkan ke platform lain.

Tidak dinafikan bahawa projek Stadia ini sememangnya sesuatu yang besar dan bercita-cita tinggi. Google juga tidak membawa servis tersebut ke negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia walaupun terdapat pemain yang berminat untuk menggunakannya. Ramai juga pemain yang lebih suka cara bermain sedia ada, kerana Internet menjadi penghalang besar kepada mereka.

Google Stadia

Walaupun begitu, cloud gaming masih lagi aktif dipasarkan. Contohnya Xbox Game Pass dan PlayStation Plus. Harap-harap teknologi cloud gaming akan menjadi lebih baik pada masa hadapan. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai stadia daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: googleStadia
Previous Post

Penny Blood Interview — Membawa Pengalaman psikologikal Seram Dari Era 20-an!

Next Post

Sackboy: A Big Adventure diumumkan, bakal tiba di PC pada 27 Oktober ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Sackboy: A Big Adventure diumumkan, bakal tiba di PC pada 27 Oktober ini!

Sackboy: A Big Adventure diumumkan, bakal tiba di PC pada 27 Oktober ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd