Bukan Goku, bukan Vegeta, tapi Gohan yang kemungkinan besar akan jadi watak utama dalam filem anime akan datang, Dragon Ball Super: Super Hero!

Info ini didedahkan melalui poster visual baru melalui laman web rasmi Dragon Ball yang menunjukkan majoriti watak yang telah pun disahkan akan muncul dalam filem, termasuk Goku, cucunya Pan, Vegeta, Piccolo, beberapa ahli Red Ribbon Army dan dua “android” baru, Gamma 1 dan Gamma 2. Apa yang mengejutkan dalam poster ini adalah Gohan menjadi tumpuan utama, dan ditunjukkan memakai kostum ungu sama semasa Cell Saga.
Apabila filem ini mula-mula diumumkan dengan tajuk “Super Hero”, ramai peminat berharap bahawa Gohan dalam bentuk Great Saiyaman akan membuat kemunculan. Bukan itu sahaja, penerbit filem juga mengesahkan bahawa filem ini akan menampilkan adegan Piccolo melatih Pan (anak perempuan Gohan) dalam seni mempertahankan diri, jadi memang masuk akal lah untuk Gohan membantu dalam latihan anaknya.

Walaupun belum didedahkan secara rasmi sama ada Gohan akan menjadi watak utama dalam filem Dragon Ball Super: Super Hero atau tidak, ia masih adalah petanda yang bagus untuk melihat dia dijadikan fokus berbanding Goku dan Vegeta. Salah satu kritikan utama terhadap francais Dragon Ball adalah cara layanan mereka kepada Gohan dan bagaimana peranannya dikurangkan secara beransur-ansur sejak Cell Saga. Ia sehingga tahap Gohan tidak langsung tidak muncul dalam filem Dragon Ball Super: Broly. Jadi saya faham kenapa ramai peminat berharap untuk melihat Gohan beraksi sekali lagi.
Dragon Ball Super: Super Hero dijangka akan keluar di pawagam Jepun pada tahun, tetapi masih tiada berita tentang tayangan buat masa berita ini ditulis. Untuk segala liputan kami tentang filem Dragon Ball Super: Super Hero, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post