Tarikh tayangan untuk filem sekuel Godzilla vs Kong 2 telah pun diumumkan. Menurut Legendary Entertainment, Godzilla vs Kong 2 akan ditayangkan ke pawagam pada 15 Mac 2024. Masih tiada berita lagi bila filem ini akan dibawa ke Malaysia, tetapi tarikhnya mungkin jatuh pada 14 Mac atau 21 Mac, memandangkan filem baru di Malaysia selalu ditayangkan bermula Khamis.

Sama seperti yang diumumkan sebelum ini, direktor Godzilla vs Kong, Adam Wingard akan kembali mengarahkan filem sekuel ini bersama-sama Dan Stevens sebagai pelakon utama. Filem ini dikhabarkan akan mulakan penggambaran pada musim panas ini di Australia. Buat masa ini masih sedikit maklumat yang telah didedahkan mengenai filem MonsterVerse ini tetapi peminat boleh nantikan pelbagai aksi daripada kedua-dua raksasa gergasi ini.

Untuk pengetahuan anda, Godvilla vs Kong merupakan filem yang berdasarkan dua raksasa gergasi hebat yang dikenali ramai iaitu Godzilla daripada Jepun dan Kong daripada Amerika. Filem itu telah ditayangkan pertama kali pada 2014. Ia membawa penonton melihat pertembungan hebat antara dua raja raksasa ini untuk melihat raksasa manakah yang paling kuat antaranya. Tetapi elok kedua itu betempur, datang pula raksasa ciptaan manusia yang lebih ganas iaitu Mechagodzilla.

Adakah kita akan lihat pertarungan antara Godzilla dan Kong dalam filem sekuel ini, masih belum diketahui. Apapun kita tunggu sahaja trailer filem dikeluarkan untuk pendedahan lanjut mengenai plotnya. Bukan setakat itu sahaja, terdapat siri baru untuk MonsterVerse yang bertajuk Godzilla and the Titans.
Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post