Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

God of War: Ragnarok Dapat Kereta Bertema Oleh Cadillac! Bergaya Di Jalan Raya Seperti Kratos!

Maira by Maira
November 8, 2022
in Artikel, Berita, Game, PS4, PS5
0 0
0
God of War: Ragnarok Dapat Kereta Bertema Oleh Cadillac! Bergaya Di Jalan Raya Seperti Kratos!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pelancaran game God of War: Ragnarok menghampiri, mesti ramai yang sudah preload game tersebut di konsol masing-masing. Nampaknya sudah ada satu kolaborasi hebat antara francais game tersebut dengan pengeluar kereta antarabangsa. Kolaborasi yang kami maksudkan ialah kolaborasi kereta Cadillac bersama-sama God of War.

Dilapor oleh Carscoops, Cadillac telah bekerjasama dengan Sony Interactive Entertainment untuk menghasilkan kereta bertemakan God of War. Model yang digunakan untuk kolaborasi ini ialah Cadillac CT5. Pakej reka bentuknya akan mengikut game terbaru francais, Ragnarok dan kereta tersebut ditawarkan oleh Cadillac China.

Model CT5 God of War akan dicat dengan warna putih dan mempunyai corak tatu yang digunakan oleh Kratos, protagonis game. Ia akan memaparkan warna merah, kelabu dan hitam. Pada hud hadapan kereta, terdapat logo game GoW Ragnarok dan juga simbol PS iaitu segi tiga, petak, X dan bulat di hadapan roda belakang.

Bukan setakat itu sahaja, terdapat kotak hadiah yang akan diberikan. Kotak tersebut akan mengandungi model 1:18 Cadillac CT5, controller DualSense edisi terhad, plat nama bertema game dan juga cincin kunci yang menampilkan kapak Leviathan daripada game. Agak menarik juga kotak hadiah ini.

Kalau anda ingin tahu, kolaborasi seperti ini bukanlah sesuatu yang baru. Banyak sahaja game mahupun anime yang ada menghasilkan kolaborasi dengan syarikat automobil ini. Beberapa bulan yang lalu, Cadillac China juga ada mengadakan kolaborasi bersama Genshin Impact, yang dibangunkan oleh HoYoverse.

Apa pun, God of War Ragnarok akan lancar pada 9 November ini di PS4 dan PS5. Review yang diberikan juga hebat-hebat belaka. Terdapat juga kedai game seperti Gamers Hideout dan Impulse Gaming yang mengadakan acara pelancaran game tersebut. Untuk segala liputan mengenai God of War, sila klik pautan ini.

Dapatkan sekarang!
God of War: Ragnarok
Publisher: Sony Interactive Entertainment
Developer: Santa Monica Studio
Release Date: 2022-11-09
PlayStation 5
“Kratos dan Atreus mesti pergi ke setiap ‘Nine Realms’ untuk mencari jawapan semasa bersiap sedia untuk peperangan yang diramalkan akan menamatkan dunia. Bersama, Kratos dan Atreus harus meneroka jauh ke dalam Nine Realms untuk mencari jawapan ketika pasukan Asgardian bersedia untuk berperang. Sepanjang perjalanan, mereka akan meneroka landskap mitos yang menakjubkan, mengumpulkan sekutu dari seluruh alam dan menghadapi musuh menakutkan yang datang dalam bentuk dewa dan raksasa Norse. Apabila ancaman Ragnarok semakin hampir, Kratos dan Atreus mendapati diri mereka harus memilih antara keselamatan keluarga atau keselamatan alam…”
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CadillacGod of War: RagnarokKereta
Previous Post

My Hero Academia bakal dapat game mobile oleh Studio Jepun KLab!

Next Post

Final Fantasy XVI hanya bertahan selama 6 bulan sebagai game eksklusif PS5!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Final Fantasy XVI hanya bertahan selama 6 bulan sebagai game eksklusif PS5!

Final Fantasy XVI hanya bertahan selama 6 bulan sebagai game eksklusif PS5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd